~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Wednesday, October 31, 2012

Adoyai

Assalamualaikum.. :')

sekarang pukul 5.14 a.m dan aku masih gigih dok study.. psiko giler aku. dang!
eh sila bangga dengan aku sekejap! hikhik :'p
mata aku dah naik berpinar macam ape dah uolls..
susah kot study sistem bahasa melayu oh.
sakit otak geliga aku ni nyah.. eh geliga ke?

aku terpaksa stay up late malam ni bikos siang hari memang aku tak study.
siang hari masa untuk aku sleeping beauty.. ahak!
siang tadi rugi giler kot aku langsung tak study. tak guna betul. cis cis!

fengsan!


Nota Kaki: eh tah kenape kalau musim exam memang rajin benau aku update blog. saje je kan tak nak bagi aku fokus study. grr!

Tuesday, October 30, 2012

Kawen Muda

Assalamualaikum.. :')

geehehe.. aku malu ah nak cakap noks. >_<
aku jeles oh tinguks ramai orang kawen muda.. hewhew~
boleh dikatekan umur baya aku nih.. ramai benau yang dah kawen..
umur aku baru 17 tahun, harap maklong! :'p


aku pun teringin nak kawen jugak weyh..
orang kata bercinta lopaih kawen lagi indah..
aku pun nak cenggitu gak.. haktuii.

berangan lah kau sensorang wahai nenek tua..
banyak canteks muka kau nak kawen..
masak pon terhegeh-hegeh lagi, apetah lagi nak jaga anak orang.. kehkeh!
eh eh bukan tu tugas suami ke? weeee~

kalau kakak ngan abang aku bace blog aku ni, ade aku kene bahan.
gedik nak kawen, belajar pun tak habis lagik.
aku cakap TERINGIN sajork, bukan aku MEMANG MAHU..
amboih kemain aku ber'caplocks' bagai.. hehe. itu menunjukkan penegasan.. heks!

Rasulullah bersabda: 
Barang siapa diantara remaja yang berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. 
Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. 
(HR Ibnu 'Addi)

itu hari aku ada text kawan aku, then dia cakap plan nak kawen tahun dopan..
tahun dopan maknanya umur kiteorang 23.. eh, kantoi ah tadi tipu cakap 17.. ihiks! ;'p
aku pulak taktau bila noks. maybe dalam 25 kot.. tu pun kalau ade yang nak aku. ha-ha sedeyh~

i love the colour! design baju dia pun cantiks oh


Nota Kaki: Kalau kawen, aku nak buat tema ala-ala fairytale.. kehkeh! perasantan betul aku.

Doa Untuk Ingat Dengan Sekali Baca

Assalamualaikum.. :')

ah-ha, hari ni aku nak lakukan perkongsian pintar dengan uolls.. hikhik pintar la sangat kheen.
sekarang ni kan exam fever.. sume orang dok pulun stadi doplohpatjam macam ape je.
aku pulak tido memanjang macam tak nak exam, well iolls kan genius. *lempang*

nah, terimalah hadiah daripadakuh.. uhuks!
amalkan before uolls nak start study mudy and after solat..

oke now boleh tekan right click and save image.. geehehe~

baik kan aku bagi hadiah cani.. auww auww~
perasan gilos.

aku yang baik hati, perut dan limpa. eh?

good luck ebelibadi..
wassalam :')

RAWR!

1339672

ha-ha
too cute.. :')

tak nampak garang pun awak nyiaww tomey-tomey

meowww!

Monday, October 29, 2012

Solat Sunat Dhuha


marilah kengkawan kita hafal doa solat sunat dhuha.. :')
best pulak dengar UNIC nyanyi.. eh nyanyi ke?
senang kite nak ingat tau..

banyak kan kelebihan solat sunat dhuha ni..
tapi aku pun masih belum berjaya jadikan ia sebagai rutin harian..
my bad~
semoga aku dapat amalkan solat sunat ini tetiap hari..
dapat 2 rakaat 1 hari pun takpe dah.. :'D


Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : 

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; 
tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, 
dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” 
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : 

” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak 
ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan 
barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada 
orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam 
rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan 
rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat
barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk 
supaya sentiasa mengingatiNya,” 
(Riwayat At-Thabarani )


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah 
baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” 
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

pemurahnya Allah kan.. :'(
sayangnya Allah pada hambaNya..
nah, kat sini ada lagi sekali doa solat sunat dhuha..


sekian.. mekaseyy!
izinkan beta undur kereta diri dulu ya.. beta gituuu kan.. :'p

:')


:')

1 Paper Done!

Assalamualaikum.. :'D

Jyeahhh!
satu paper dah berjaya digoreng hingga hangit oleh iolls..
iolls bangga sesangat dapat jawab soklan exam yang sangat SENANG iteww.. grrr!

boleh pulak kalkulator aku takde bateri time masuk dewan exam tadi..
itew memang shukew cangat-cangat aw aw camtu.. urghhhh!
ko memang saje je kan encik kalkulator.. eh lelaki kah kalkulator iolls? pondan rasanya.
dah tu, kira secara manual lah aku..
macam ape je orang lain dah siap jawab, aku dok terhegeh-hegeh macam siput sedut tak cukup kaki.
eh siput ada kaki ke? heh.

ilex diba.. dua paper lagik menunggu untuk dibelasah dengan manjanya.. weeee~

so, marilah kita bersenang-lenang sesambil layan lagu korea.. ahaks!
girls’ generation make you feel the heat! jeon segye ga neoreul jumok hae~
giler ah dah sebijik macam korea aku nyanyi seyh.. wahahaha :'p

oh oppa! puiii~
unnie! :'3


Nota Kaki: padehal 1 paper je baru abis, tapi feeling semacam dah abis exam noks! over tau iolls~

Sunday, October 28, 2012

Fear



ah-ha!

aku takut dengan soklan exam..
adekah orang lain tidak berasa takut.. weee~

takut oh exam esuks..
semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan aku..
aminn


Along bukan AhLong

Along, nape kau call aku?
aku tak nak jawab call kau..
sebab aku tak nak dengar kau membebel..
huhu, maafkan aku along.

bye, along..
nanti aku rajin, aku call kau balik.
i lebiu.. muas muas!

sincerely,
coco a.k.a me

non-related pic


Nota Kaki: takde motip punye cite kan. saje nak kasi entry aku banyak.. geehehehe!

Alamaks!


ESOK ADALAH EXAM!!

fisrt paper uolls.. auww auww~

wish me luck! yehaaa :'D


gud luck untuk semua bebudak IPG yang amek exam esok..
especially for classmates aku yang comel-comel belake itu.. hakhaktuiii!

Saturday, October 27, 2012

I Hate Pimples

Tahukah kamu bahawasanya aku sangat membenci kamu.
kenapa kamu muncul dalam hidup aku?
hidup aku tidak lagi gumbira gara-gara kamu..
aku merana dan aku down giler babas. :'(

sila kamu blah dari hidup aku..
tidak sanggup aku menanggung derita ini lagi..
pabila kamu muncul, kamu akan meninggalkan parut yang sukar dihapuskan.

dasar JERAWAT vudus.
aku benci kamu jerawat!
sakit hati iolls tauuuuu! grrr!

stress enough

perkara yang paling aku tak suka ialah when those stupid pimples bermaharajalela kat muka aku.
dah la tinggal parut macam ape je. stress betul lah aku! haihh~
dah macam berpesta pulak jerawat sekalian kat muka aku.
takpe ah, camni ah kau buat aku kan jerawat. majok ngan kau.. :'(

tu lah sape suh aku memandai try 24K Gold Miracle Bar V'ASIA tak guna tuh!
nak gelakkan diri sendiri pun hado..
macam ape je aku pegi beli sabun pencuci muka tu.. 24K emas sangat.. 24k jerawat ade ah.
RM 38 noks.. baik aku beli kepsi, kenyang gak perut buncit aku yang comel ni. kehkeh
dah tu sape suh kau noob sangat diba hoi..
aku tak penah expect nak beli and try that stupid facial bar.
mudah sangat terpengaruh aku ni.. stress betul dengan diri sendiri.

so, aku nak bagi penegasan kat sini..
kepada korang sume jangan sesekali beli produk daripada V'ASIA.. huhu
ia akan mendatangkan malapetaka terhadap muka anda sekalian..
dah la tak femes pun jenama ni, jahat pulak tu.. mencik mencik *gedik nye*
aku tak penah tahu pun pasal produk ni, tapi boleh pulak aku pegi beli itu hari.
4 hari aku guna, terus jahanam muka aku. oh dang! terbaikk dari ladang gandum!
gimme a clap~

nah, hamek kau.


Nota Kaki: aku ada parut jerawat baru betul-betul atas dahi, dah macam keling. AMMA APPA!

Thursday, October 25, 2012

Amalan Menjelang Hari Raya Aidil Adha

Salam :'D

Tadi aku ada baca artikel ni dekat http://shafiqolbu.wordpress.com
jadi, ada baiknya aku kongsikan ilmu yang berguna ini..
moga menjadi amalan bersama-sama.. :')
selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha..

Nabi Muhammad SAW bersabda:  
“Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah 
daripada sepuluh Zulhijjah.”  
(Hadis riwayat Abu Hurairah).


Apabila tiba 10 hari bulan Zulhijah (Hari Raya Korban), maka hendaklah pergandakan usaha untuk melakukan ketaatan kerana sesungguhnya ia adalah hari yang paling afdal di sisi Allah SWT dan dijadikan kehormatan pada sebelah siangnya.

Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-

SEBELUM 10 ZULHIJAH

  1. Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
  2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
  3. Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.

PAGI 10 ZULHIJAH

  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:
نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.

HARI RAYA KORBAN
Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.

1. Takbir
Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.

Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).”  (Hadis riwayat al-Thabrani).

Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.   ( × 5/3)
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. 
 Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.

2.  Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:
لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw:
“Wahai Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang mukmin secara umum?”
Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: 
“Dan kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan orang mukmin.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 88)

3.  Berdoa Taubat
Perbanyakkan berdoa kehadrat Allah, terutama merayu kepada-Nya supaya Allah mengangkat kemarahan dan kemurkaan-Nya daripada kita.
Kita merayu kepada-Nya janganlah dibalas jika kita terlupa atau tersilap. Merayu kepada-Nya agar Dia tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul.
Merayulah kepada Allah, agar Dia memaaf, mengampun dan mengasihi kita. Dialah pelindung dan Dialah yang akan memberi kemenangan kepada kita.

4.  Solat Sunat Aidiladha
Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah.

5.  Ibadah Korban
Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:
“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”    
Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.

Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HIKMAH AIDILADHA
  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.



Nota Kaki: rindu sesangat dekat family.. :'(

Sadis

:'(

dah lah tak dapat balik raya..
bukak puasa pun makan megi sajo..
sadis benar hidup aku.. sobs sobs.
kalau mak aku tahu mesti beliau kesian kat anak beliau yang hensem ni. wuwuwu


oke lah, saje update sementara menunggu megi aku masak dengan ranumnya. ranum ke? kehkeh

selamat berbuka puasa kepada sesape yang puasa ini hari. :')

dan
dan
dan

selamat hari raya aidil adha in advance dari iolls..
sedih oh.

Mat Luthfi Ohsem!

Salam :'D
iolls daripada dulu lagi minat video from Mat Luthfi,
bikos mesej yang beliau sampaikan tu sangat kreatif dan tak heavy..
and the most important thing is.. funny!
yayyy~


hakhak.
lawak sesangat uolls..
part yang last tu paling tak menahan..
sengal betul..

enjoice!

Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Diri Anda


Salam.. :'D

Ah-ha, i found this special article on http://penpatah.blogspot.com
omagadd, it's just like so damn true.. hewhew.
so, iolss pun share lah kat sini..
bak kata omputeh, sharing is sexy.. ihiks!
eh tapi ade ke orang yang sanggup mati sebab iolls.. over tau..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak
menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

cemano yob?
ade kene mengena dengan diri anda tak.. uhuks!


Wednesday, October 24, 2012

Harapan

kekadang aku terfikir..
banyak sangat dosa aku..
banyak sangat kekurangan aku..
aku berharap aku masih diberi peluang untuk menjadi lebih baik..
moga aku istiqamah..

:')

Kenapa?

Salam :')

kenapa orang itu.. dia berlagak dan rasa dirinya muslimah sejati..
tapi beliau boleh pulak tayang body dekat pesbuk or whatsoever laman sosial..
seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk pula ya..
kalau satu dua gambar boleh la kita terima kan.. sebagai identiti untuk kenalan tahu siapa kita.
tapi kalau dah berlambak-lambak dan siap full body lagi tu dah kenape?
full body yang tak menahan tu.. kang kene sihir kat orang tak ke naya?
gambar pula dengan caption yang sangat menggelikan, bukan menyeru ke arah kebaikan.
muslimah sejati betul-betul tutup aurat kan, tapi nampak je lengan pada bukaan baju kamu itew.
bajet sangat uolls..
aku sangat respeklah dekat mana-mana wanita yang menunjukkan peribadi muslimah sejati,
tapi kamu ni sudah masuk kategori mana aku pun tak tahu..

nak suruh dipuji kecantikkan kamu atau apakah? *cantik ke? hehe*
simpanlah itu semua untuk bakal suami anda.
cakap muslimah sangat kheen.

status ala-ala islamik je memanjang kamu.
tetapi kemain jugak duk update pasal cecintan cintun..
macam dah kemaruk sangat kamu nih. cecepatlah kawen, dah nak sweet sangat.
agak funny lah kamu ni.
tapi aku respeklah dengan status kamu yang bagus tu, ada jugak bagi kesedaran.

amal ibadah kita ni, cukuplah hanya kita dengan Allah yang tahu..
tak payah nak canang dekat satu dunia yang kamu itu bagus sangat..
itu dah macam  riak dan cenderung menjadi ujub..

aku pun tahu diri aku bukan bagus sangat.
aku harap aku pun dapat jadi muslimah seperti semua orang idamkan..
setakat ni aku belum mencapai title muslimah lah.. banyak kekurangan diri aku ni.
aku sedar tu.
jadi marilah sama-sama kita berubah ke arah kebaikan.. :')



Nota Kaki: kamu rasa Heliza Helmi bagus, rasanya Diana Amir lagi bagus. low profile sahaja. *tetibe je*

Moh Ler Kita


Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah?
Maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya:
Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. 
(Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Khamis ni uolss.. (25/10/2012)
moh ler kite..

Tuesday, October 23, 2012

Kekdahnya

Haih, tak study lagi nampaknya aku malam ni....
pffffttttt!
sepatutnya aku tak tahu 'benda' tu..

Saya Janji

Baheklah!
"saya janji bahawasanya malam ni saya akan study.." kata aku kepada laptop.
laptop pun terus pandang hina dekat aku..
aku rasa mungkin beliau langsung tak percaya pada kata-kata manisku iteww..
hello, laptop! ni akulah.. the most hardworking girl in the universe and beyond the space.. hakhaktuii~

apekah..? study ke stado ni hoi..

betullah senah, aku akan berusaha untuk men'study'kan diri malam ni.. hewhew.
nampaknya aku dah sia-siakan 4 hari sepanjang study week ni.. grrr! tak gune betul aku ni.
aku tak tahulah ape jenis makhluk pemalas aku ni.. sedih noks.
aku harap aku akan berjaya melawan rasa malas yang mendominasi diriku.. auw auw! konon lah kan.
ekceli aku takut nak hadapi examination pad pada hari isnin dopan.. mak takut nyah. :'(
oke lah, please doakan i ye uolls.. uolls kan gojes like gajah.. hikhik! ;'p



Nota Kaki: di mana ada kemahuan, di situ ada highway!! yehaaa.. hihi XD

Smile

Hey you..

senyumlah sikit..
baru ah cecomeyy.. :')
macam tucing (baca kucing) tomey-tomey ni.. senyum sajork walau kene paksa.. teehehe.

comel nye awak nyiaw nyiaw!
bak sini nombor tepon.. kite nak ngorat awak.. nyiawww~

senyum kan satu sedekah..
tak payah nak kua beribu riban ribbon duit bagi sedekah..
senyum ni sume worang pun voley buat..tak vegitu kan senah..
so chill lah, put some sweetest smile on your beauty face! aumm.


Nota Kaki: i'm smiling.. (>______<)  *eh, kau smile ke pejam mata  tu hah diba?*

Abah :'(


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


tersentuh sangat dengan artikel ni.. :'(
tapi tak tahu sape yang tulis.. aku mintak izin copy..
saya dah takde abah macam awak-awak semua..
tapi dalam hati aku, abah selalu ada.. abah selalu ada dalam diri aku..
tiap-tiap hari aku rindu abah.. bila aku rindu abah, aku tak dapat tahan air mata aku..
aku tahu aku tak patut macam tu.. maafkan orang, abah.. :'(
abah, kak ibah rindu abah..
hari-hari kak ibah ingat abah.. :'(
takde sape yang tahu, hanya tuhan yang tahu derita hati ini..

bila orang rindu sangat abah, orang peluk cium baju abah..
orang dah tak dapat dengar suara abah macam dulu..
orang dah tak dapat tengok gelak tawa abah..

aku tak dapat berada di sisi abah sewaktu abah hembuskan nafas terakhir..
aku amat terkilan..
abah meninggal pada jam 8.30 malam, 4 April 2012 dekat rumah.. 
1 April pula adalah birthday aku.. sangat menyedihkan.. :'(
bila sampai kat rumah pada jam 5.00 pagi, aku hanya dapat tengok sekujur tubuh yang kaku..
bayangkanlah bagaimana perasaan sewaktu itu.. orang yang kita sayang sangat-sangat dah tiada.
selama ni aku tengok dalam drama je situasi tu, tapi skang aku yang lalui. pahit.
hanya bacaan Yassin yang dapat aku hadiahkan untuk abah waktu itu.. dengan menahan sebak di dada.
dan kemudiannya tertidur di tepi mayat abah sehingga subuh..
masa abah sakit, aku sempat jaga abah kejap sangat.. 
masa tu tengah praktikal dan memang sangat kacau jiwa aku pada waktu itu..
aku memang down gila.
maktab memang tah pape.. berkira sangat.
masa abah tengah tenat pun aku tak dapat nak balik.. ya Allah..
disebabkan aku balik kampung jaga abah aku yang sakit dan saat kematian abah aku..,
aku kene ganti praktikal.. memang zalim sesangat maktab ni..
aku bukan sengaja tak hadir praktikal untuk 3 hari.. 
aku tak mintak abah aku sakit..
aku tak mintak abah aku meninggal.. :'(
tapi alhamdulillah aku dah lepasi fasa itu dengan baik, 
pihak sekolah yang terima aku untuk ganti praktikal sangat baik..
aku hanya perlu hadir untuk 2 hari je, guru besar sangat bertimbang rasa. terima kasih.

aku rindu sangat nak urut dan picit kaki abah, abah selalu cakap dia suka bila aku urut dia.. :'(
aku rindu nak jaga abah waktu abah sakit..
suapkan makan dan minum untuk abah..
belikan makanan kat kafe untuk abah sebab abah dah muak dengan makanan hospital
bersihkan tubuh abah..
bersihkan najis abah..
pakaikan bedak untuk abah..
:'(
hari tu aku tak tahu, hari last aku dengan abah..
sempat salam dan peluk cium abah.. masa tu 2 minggu sebelum abah meninggal..
masa tu abah nampak macam dah sihat.. 
makan pun selera je.. dapat gelak ketawa..
doc pun cakap abah aku dah boleh balik umah a few days later.
betullah orang cakap, kalau orang tu nak meninggal.. dia akan nampak macam sihat beberapa hari sebelumnya.

rindu abah..
masa kecik-kecik dulu abah suka bercerita kat kami adik-beradik..
macam-macam cerita.. cerita pak pandir dan banyak lagi..
yang paling orang ingat cite kisah tiga beradik Labuna, Labuni dan Labuda :'(
abah suka sangat kan cite kisah tu... tak puas pun dengar, padehal banyak kali dah dengar..
budak-budak kan.
abah memang pandai bercerita dan buat lawak.. dia peramah sangat..
abah suka usik budak-budak dan ramai orang suka abah..
masa kecik-kecik dulu orang nak basikal, pastu abah belikan.. happy sangat masa tu..
basikal yang ada spare tyre kat tepi tu..huhu. masa kecik kedekut, kakak nak naik takmo bagi.. apelah aku.
kalau bulan puasa, abah akan bawak orang pegi beli kuih-muih untuk berbuka.. pasni takde dah.. :(
setiap kali orang balik kampung, abah akan beli aiskrim sebab abah tahu orang suka makan aiskrim..
abah dah banyak berkorban demi aku dan adik beradik..
tapi aku tak sempat pun nak balas jasa abah.. :'(
tapi sekurang-kurangnya aku pernah buat abah bangga dengan aku.. waktu SPM.

walaupun aku menderita kehilangan abah, tapi aku tahu ade insan yang lebih menderita..
mak aku.
aku harap beliau kuat..
aku tahu dia sunyi..
aku tahu mak aku tetiap masa ingat abah.. dari riak muka dia aku dah tahu. :'(
kalau boleh tetiap hari dia nak gi lawat kubur abah..
skang ni bila balik rumah, bacaan al quran yang aku dengar tetiap masa.. 
tu je yang terbaik dapat mak aku buat untuk abah yang jauh di sana.. moga abah tenang di sana.
aku ingat lagi, waktu jenazah abah aku siap dikapankan.. sume pegi peluk cium abah untuk terakhir kalinya
tapi mak aku tak pegi pun.. mak aku lari masuk ke dapur sebab dia tak sanggup tahan air mata..
deritanya mak aku masa tu.. :'(
abah aku romantik.. dia suka sangat puji-puji mak aku.. selalu gurau-gurau manja walau dah tua..
bagi dia mak aku adalah wanita tercantik. ohsem.

aku harap aku dapat someone yang seperti abah aku.
tapi abah tak sempat nak jadi wali aku..
abah tak sempat nak tengok bakal cucu-cucu dia..
masa kakak aku kawen hari tu (akhir bulan 3), abah aku tengah sakit..
aku sedih gila tengok abah aku peluk kakak aku sambil nangis pada malam akad nikah tu..
syahdu sangat kot..
abah ada cakap sesuatu dekat kakak aku.. mungkin dia terkilan pada malam tu dengan keadaan dia..
masa tu abah tak dapat bangun pun.. abah lemah sangat
sekarang kakak aku dah preggy for 7 months..
tapi abah tak sempat pun nak tengok cucu dia..


Ya Allah, tempatkanlah abah aku di kalangan mereka yang beriman.. ampunkanlah segala dosa abah aku..

abah, orang akan selalu rindu abah..
doa orang akan sentiasa mengiringi abah.. sampai bila-bila.

aku dan tangan abah..
masa tengah jaga abah kat hospital
(sorry, gambar agak mematahkan leher sesape yang melihatnya)
orang cakap, muka aku macam abah..


Nota Kaki : *Tears*

Budak Comel

Salam.. :'D
hye dan selamat pagi-pagi buta..
aku tak ngantok ah, tak tahu nak buat ape.
padehal aku sepatutnya sedang study skang ni.. next week nak exam dah hoi!
tapi aku boleh buat relax selamber badak sumbu.. genius macam aku ni tak perlulah nak study.. haktuii~

so, dengan rasa bangga dan takaburnya aku nak share pic anak aku.. hewhew!
comel oh! comel gilerss..
aku nak anak camni jugakkkkk..
berangan sangat aku nih. kemon ah diba, sila berpijak di bumi yang nyata! cewahhh kemain ayat aku.

anak sape comel sangat ni.. omnomnom
kelas kau budakkkk!
auww kecik-kecik dah ber'duckface' bagai
cecomeyy
anak aku dan bakal menantu *hoh!*
eh apesal budak Dennis Kane ni pemes sangat huh? (left one)
ni anak nombor dua.. hikhik!
ni anak nombor tiga.. kehkeh!
"aiman nape cedih-cedih ni.. aiman janganlah nanges, ibu pegi keje kejap je.. aiman budak baik kan"
kata aku kepada anak aku :'D
ada gaya ibu ayam tak aku joyah..? ahak! aiman giteww nama anak aku. aiman tak kesah!

sekian, comel tak anak-anak ikan aku nyah..? wuwuwuwu


Nota Kaki: nanti kawen aku nak anak 20 orang!! ha-ha

Monday, October 22, 2012

Enakei!

Salam :')

uolss tahu tak iolls sangat sukaaaa Enakei illustration..
comeii gilaaa oke!! tanda seru bagai kheen. itu aku mahu beri peneguhan bahawa ia sangat comel! weee
FYI, Enakei ni adelah korean digital art depicting young beautiful girls by korean artist Park Suran :')
semalam aku ade ah ushar Enakei punya stuff dekat http://enakei.kr/
omagadd! aku nak sume stuff yang ade kat situ.. tapi dalam mimpi jelah kan senah.. sobs sobs!

here we go.... Enakei!! kawaii neh.. :'D












COMEL sangat!
aku dah macam ape je pegi print pic Enakei ni and then tampal dekat wall bilik.. auww auww~
then, bilik aku terus jadik hensem, kacak dan bergaya.. kuikui
tapi tak sempat nak snap pic and upload kat sini.. next time oke.
bila ruang study aku dah comel dengan kehadiran Enakei, maka aku akan rajin STUDY!
ha-ha bajet sangat.

eh aku ada buku nota Enakei yang comell sangat.. hehe
pehtu theme dekat fon aku pun Enakei jugeks.. wahaha
motip beritahu semua ini? grrr!

oke, ni pula a bunch of Enakei stuff's collections.. i want all of 'em.. uhuks!

cute pink tumbler
watch
hand mirror
make up pouch
purse
tote bag



Nota Kaki: 나는 매우 열심히 일하는 오전 ! ha-ha korea sangat aku! euww~