~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Saturday, July 11, 2015

Kiddos

Budak-budak sangat comel kan. Ada la part dorang buat kita mendidih dan seolah ingin bertukar jadik hulk. Haa anak murid aku lah tu.. haha.
Tapi still ada side comel and funny dorang. I do loveeee kids.
Same goes to my pupils kat cekolah.
Aku kadang-kadang nak tergelak dengan ayat yang keluar dari mulut dorang.

Hamboiii kau nyahh

Macam hari tu, aku cakap sape tak siapkan task yang aku bagi kene balik lambat.
Pehh kemain macam lipas kudung sensorang.
Yang takleh blah ada sorang anak aku ni cakap cani
"Fuuh.. saya rasa macam nak demam je siapkan latihan ni ticer"
Alaaaa kesian pulak titeww dengar dia cakap cemtu. Haha.
Comel laaaa awak ni. Memang aku nampak muka gigih and kaget dia masa finishkan task tu.
Pastu yang paling aku suka buat dalam kelas ialah sergah budak yang tengah berkhayal or memain dalam kelas. Lawak gila oke face expression terkejut and gelabah dorang. Haha.
Cecepat je betulkan kedudukan and gelabah-gelabah pegang buku. Pegang buku terbalik pun ada.

Yang sorang budak lelaki ni pulak jenis suka praise me almost everyday.
Tetiap ari kalau jumpa aku, he'll smile and say;
"Ticer cantik hari ni"
Sweet talker sangat you.
Everyday oke. Aku tak tahulah ikhlas ke nak bodek.
Memang tetiap ari lah beliau akan cakap camtu.
Moga masin mulut ko nak, nanti bebetul cikgi cantik. Miahaha.
Then, I noticed that budak-budak aku ni suka kalau aku pakai tudung yang bermanik-manik, bling-bling kat kepala hotak aku.
Haa memang ada lah almost the whole class akan cakap cikgu cantik. Auwww. Wakaka.
Macam hari ni aku rasa lawak ayat budak ni. Entahnya dia ingat gaya aku dressed up arini macam nak pergi beraya gamaknya.
Guess what he said?
"Ticer hari raya eh hari ni?"
Gitewwww katanya. Then boleh dia cakap kat the whole class yang ticer raya lah arini.
Suka ati ko la nak.

Raya katanya

Kesahnya ade satu hari tu aku tak datang sekolah sebab balik kampung.
Pastu esoknya aku datang le sekolah and ade sorang budak tu cakap camni.
"Besttt ticer tak datang semalam.. Takyah belajar. Boleh buat origami"
Hamboii kau. Suka yeee haku tak datang sekolah. Haha.

Ni kesah budak yang cakap aku beraya tu. Budak ni aku kesian gak sebenarnya kat dia sebab parents dia bisu tau. Aku boleh paham lah nape dia salu banyak cakap dalam kelas.
Sebab kat rumah mana nak cakap sangat, banyak guna bahasa isyarat.
Penah lah jugak aku belajar bahasa isyarat ngan dia. Best pulak aku ghaser. Haha.
Ada satu ari tu, dia promise nak bawakkan aku kuih yang mak dia buat.
Bila aku masuk kelas, dia tunjuk yang tupperware tu dah kosong. Bebudak kelas curik makan dia punya kuih.
Kelas tu memang hazab sikit bebudaknya. Selamba pegi makan makanan member letak dalam laci meja.
Sedihler beliau sebab aku tak sempat merasa kuih tu.
Alaaa comell.. haha.
Budak ni jugak aku pernah bagi dia denda balik lewat sebab dia nakal yakmat.
Sirius memang dia nakal haritu pergi kacau kawan yang duk elok wat keje.
Menitis ayaq mata dia sebab kena balik lambat. Haha. Comelll.
Hazab aku buli budak. Kah!

Ada sorang  budak tu nama Rayyan. Dia ni memang terkenal dengan nakalnya. You know what.. even guru besar kenal dia. Gelemer you Rayyan.
Dia budak bijak tapi kenkadang aku sendiri takleh nak brained level of kenakalan dia.
One day, I asked him. Why you nakal sangat?
Then dia jawab dengan muka innocent nya.
"Dulu masa saya kecik umur 4 tahun saya baik, tapi sekarang saya nakal"
Tetiap kali aku tanya. Memang ni jawapan dia. Hahak.
Istiqamah jawapan dia.

During assembly, ada one student ni nangis. Cikgu tanya kenapa.
Dia jawab;
"Buah pinggang saya sakit" lel.
Sebenarnya dia sakit perut plus sakit pinggang.
Buah pinggang pun boleh uols.

Another kesah hazab.
Satu hari tu aku cakap camni kat class:
You can find out the answers here.
Sorang budak tu tanya aku;
Ticer, answer tu yang macam itik tu ke?
Pun bolehh kau. Difikirnya angsa. Haha. Sedih aku.

Banyak betul kisah hazab yang comel.

Lagi satu.. budak-budak sekarang dah pandai sebut ale uto.
Ni meran la punya pasal. Abes bebudak kecik pun terikut. Tergezut beruk makyeh aku dengar bebudak ni bercakap.
Aku tanyalaa awak paham ke apa maksud dia.
Dia cakap paham.
Ale uto tu saya bodoh.
Haha. Weiiii tolonglaaa weiiii.. rosak budak.
Bukannya dorang tau maksud sebenar. Mencarut tu.

Gitulah kesah bebudak. Ada yang aku lupa.
Honestly, aku memang tak berapa pandai handle class. Bebudak zaman sekarang ni lain.
Tak macam zaman kita dedulu. Kita sangat hormat dan takut kat cikgu.
Budak zaman sekarang ni ape dia nak heran ngan cikgu. Ramai je yang kurang ajar. Sedih aku rasa.
Tapi gitulah realiti zaman sekarang.
Tetiba turn on mood sedih. Haha.
Cikgu doakan anak-anak murid cikgu semua berjaya dan menjadi insan yang berguna.
Cikgu-cikgu sangat ayat haku.

Teachers Day rituuu

Till then, bubuiii.

Friday, July 10, 2015

Ehem

Lately, kemain rajin pule I hapdate blog.
Entah angin kus kus platipus ape kannn.. tetiba rajin ngapdate.
Syabas meri bheti. Kaho na pyaar hai.

loading...

Eh, sakit betul la tulang belakang aku ni. Dah lama aku suffer ngan back pain ni.
I really dunno problem dengan urat ke, tulang ke, saraf ke, apa ke.
Tapi since daripada zaman study lagi mengalami masalah ni.
Nak gi hospital buat check up rasa malas.
Tapi memang merana jugaklah aku rasa, macam nenek tua.
Dua tiga hari ni sakit dia lain macam sikit. :'(
Waktu rukuk time solat paling sakit yakmat.
Tetiba cakap pasal back pain. 

Rasa nak random talk je. Taip je apa yang terlintas kat minda.
Tadi ada iftar kat sekolah. Aku kenyang gila sebab minum air 5 gelas.
Iftar tahun ni macam best sikit. Congrats to those yang menjayakan program.
Oke macam ucapan perhimpunan mingguan pulak.
Popia coklat yang aku beli ngan anak murid aku tu sedap betul.
Nama budak tu memang rare. Su Mia Acmellia. Ko mampu? haha.
Even kakak aku pun suka popia tu. Sirius best. 
Tak sempat nak buat raya, dah selamat landing lam perut dengan kuantiti yang agak berkualiti.

My cekolah

Esok Fazzy ajak pegi umah dia. FYI, Fazzy tu my super duper best friend kat school.
We'd been posted as a new teacher kat sekolah yang sama last year. 
Then, got close to each other. She's very crazy but I love her.
Haha hazab.
Ada tutorial produk Mary Kay from beauty consultant MK kat TTDI katanya. 
Bab kosmetik kecantikan segala mak nenek ni memang I suka.
Yay! esok jumaat. Pastu weekend. Oh oh tak sabar nak berwiken.
Nak beli baju raya. Huahua.

Rindunya kat Yuyu demok demok. Yuyu tu niece I.
Memang dia demok pun. Pastu garang and stingy tahap cipan.
Ikut pangai sapa tah. She call me as mama. Suka ati dia je hentam, but macam nice gak kan.
Nanti ada my own kids, nak suh dorang call me mama lah. Hahaktuis.

uu and me
muka nak ketat ajehh. tau ah ade syusyu

Tau enggak kamu, masa aku year 1 dulu kan, aku ni pemalas gila nak pergi sekolah.
Berapa ari je aku pegi sekolah in a month. Memang masa tu aku kategori budak tak guna. haha.
Hazab oke year 1 dah berperangai tak senonoh.
Masa year 1 dulu aku tak pandai sebab aku tak suka sekolah.
Aku still ingat moment aku dicubit oleh Cikgu Noraida sebab tersalah baca perkataan dalam buku Bacalah Sayang. huahua.
Sampai sekarang aku ingat cikgu tu, sebab dia sorang je pernah cubit aku.
Asal pepagi nak gi sekolah je aku mencipta pelbagai alasan sakit and so on.
Benda yang buat aku berubah adalah pabila sekolah anugerahkan hadiah untuk sesapa yang attendance dia 100%.
Aku ingat lagi, masa tu Ayumi dapat hadiah sebab dia always datang sekolah.
Hari-hari bawak present dia tu datang sekolah. haha. Tergugat lah aku nengoknya. Siot.
Benda ni motivate aku kot, masuk darjah dua aku tak pernah miss pergi sekolah.
Lepas tu, aku kawan ngan budak pandai and automatically jugak aku jadi rajin belajar.
Sebenarnya memang betul, kawan-kawan mempengaruhi attitude kita.
So, lastly masa final exam in year 2 aku dapat nombor 2 and dapat jugak hadiah kedatangan 100%.
Wakakaka.
Guru kelas aku masa year 2 sangat baik. Nama dia Cikgu Marzuki. Aku memang sayang dia tau dulu.
Aku ingat lagi dia ajar lagu Burung Kakak Tua and latih dak kelas aku untuk perform on Teachers Day.
Aku cuba gak cari dia kat pesbuk, tapi tak jumpa.

Oke memang random talk sesangat ni, sampai terflashback tahap cipan. hahak.
So, sekian terima kasihan.

Papai!

Dream Poem


Once in the dream of a night I stood
Lone in the light of a magical wood,
Soul-deep in visions that poppy-like sprang;
And spirits of Truth were the birds that sang,
And spirits of Love were the stars that glowed,
And spirits of Peace were the streams that flowed
In that magical wood in the land of sleep.

http://www.poetseers.org/

Thursday, July 9, 2015

Ramadhan di Jitra

Manusia ni memang macam ni kan. Bila sesuatu tu dah takde, baru rasa kehilangan.
Baru nak rasa rindu. Dulu rasa macam takde pape, tak suka and tak appreciate at all.
Eh cakap pasal diri sendiri ke? hehe.
Tetiba laaa rindu Jitra, Kedah. Dulu kemain tak suka kan. Rasa nak cecepat finish study.
Sekarang gedik nak rindu-rindu bagai. Jitra mesti rasa annoying gila ngan kau.
Tiap kali nak kena balik kedah je mesti rasa nak bertukar jadi Hulk sebab tak suka.


Sebenarnya, rindu nak merasa bulan Ramadhan kat sana. Syahdu pula terasa bila ingat banyak memori kat sana.
Paling takleh lupa, masa zaman berhingus tahun 2009 kot.
Kemain jalan jauh-jauh nak pegi cari makanan kat bazar. Eh tetiba bazar takdekkk.
Terkapai-kapai kiteorang carik kedai makan. Sadis.
Lastly, berbuka puasa makan jajan je kau. Cekedis Super Ring tu haaa.
Sebabnya masa tu, tunggu order lama sangat.. sib baik ade jajan. Tapi aku pun tak ingat cemana leh ada jajan tu. hahak.

Rindu nak pegi solat terawih kat masjid Taman Meluqqqqq.
Terawih kat masjid ni, kaki kena kuat. Pasaii bacaan dia lama angat. hehe.
Masjid ni baguih.. dia jemput imam among budak tahfiz.
Balik terawih pulak penah experienced nyaris dikejar anjing jiran. Lel.
Rindunya rumah sewa Taman Melur. Rindu bilik.
Motif sangat rindu bilik. Hobi tido memang cenggini. 

Pastuuuu rindu waktu pergi bazar kat Kepala Batas. Banyak variety makanan kat situ.
Tapi! ade satu yang aku tak suka. Murtabak dia ya ampunnnnnn. Tak sedap. Hazab.
Menangis aku telan murtabak hazab tu. Dahlah beli banyak sebab hengatkan sedap.
Tulaaa kau tamak. Amek ko. 
Rindu jugak nasi tomato pakcik comel. We call him as pakcik comel sebab pakcik tu memang comel. haha.
Nasi dia murah and dia sangat baik hati. Miss you pakcik comel.
Paling aku rindu opkos nasi kerabu akak kelantan kat tepi jalan area Taman Siswa.
Adehh memang tangkap leleh level of kelazatan nasi kerabu dia. 
Hari-hari makan nasi kerabu tu pun takpe. Member aku pun muak tengok aku hari-hari ngadap nasi tu.
Then, tidak dilupakan kedai air zauj. Selamba bagi nama kedai air zauj.
Sebabnya brader jual air tu hensem and kelihatan beriman. Takleh blah. haha.
Air kelapa dia memang sedap gila babas sampai terbabas tatkala meminumnya.
Tapi serius rindu air kelapa dia. 
Yang penting brader tu ingat iols as regular customernya. hazab.
Tidak dilupakan air kedai abang satwa. Kiteorang memang sesuka suki je bagi nama timangan.
Seingat aku abang ni dapat nama abang satwa sebab kiteorang apply perkataan baharu yang lecturer ajar.
Satwa tu binatang tau. Kejam sangat bagi nama timangan camtu. haha.
Masa zaman foundation maktab dulu-dulu lagiiii ni.
Tapi perkataan satwa tu comel and unik kot. Menangis brader tu kalau tau benda ni.
Maafkan kami penunggu gua. *tetiba*

Oke, apa lagiii yang dirindui?
Rindu jugak nak bersahur dengan menu yang sedeyhhhh..
Megi and kurma memang menu wajib. Hahak.
Cani ar nasib.
Tapi still bertenaga even makan tu je.

Rindu nak attend kuliah. Bukan nak dengar kuliah lec, tapi nak borak ngan member dalam kelas.
Best betul aktiviti ni.

Haaaa.. baru ingat! Rindu saat gigih hunting for baju raya ngan member.
Pehhhh. Yang ni memang best. Shopping ngan member memang best sebab sekepala.
Rindu pulak ramadhan walk kat depan Yawata tu. Tapi biasanya tak beli pun baju raya kat situ.
Just suka tengok suasana meriah kat situ.
Rindu saat gigih carik baju kat Aloq Setaq.

Baju raya tahun ni takde pun lagi. Sejak dah tua ni, takde nak bergigih sangat cari baju raya.
Dah ler cuti kejap je. Bagi harapan palsu betul la KPM ni.
Elok cuti sampai 26 Julai, tetiba kene cut tarikh sampai 21 Julai je.
Terasa disiat-siat tau hati kecil titewww inieww. Kecewa dia lagi parah daripada putus cinta tau.

Sesungguhnya, terasa sedih sebab Ramadhan dah nak berlalu. 
Tinggal berapa hari je lagi kan.
Aku suka suasana bulan Ramadhan. Tak kira di mana berada.
Feel dia lain kan.
Marilah kita manfaatkan beberapa hari je lagi yang tinggal ni.

indeed

Kesahnya

Paling tak suka peniaga yang cakap dia jual dengan harga kasih sayang.
Walhal takdenya nak kasih sayang harga dia. 
Takyah nak berkasih sayang sangat lah. 
Tetiba kan nak emo. haha.

Takde laaa.. i just rasa annoyed sangat dengan ayat tu. Tak suka.
Memang tak semua peniaga camtu, ada je yang betul-betul baik hati.
Kalau yang camtu memang i doakan rezeki u dimurahkan sesangat.
Then, kalau peniaga online je mesti nak suh PM beliau.
Pemende PM PM. Mencik. Just state jelah harga. Senang cite.
Tak suka benda complicated and menyusahkan.
Sekian.
Membebel pepagi buta.
Very the tetiba.
Hazabedah.
Hakhak.