~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Wednesday, January 30, 2013

:'(

My heart is full,
My bags are packed.

I brought a picture
To remember the fact
That the past is real
And I can't change
I can't change.. what's in front of me

you lose.

kesian pakcik ni.. bagi jela dia masuk.. sedih aku tengok..

begitulah kasih seorang abah..
kesian pakcik ni.. dah siap beli bunga untuk anak dia.. cian dia.. :'(
cuba bayangkan kalau itu abah kita..
aku sedih.. rindu arwah abah aku..

ya allah.. rindunya.. :'(
abah..
abah..
abah..

Saturday, January 26, 2013

huarghh!

kau tahu ape itu maksud asimen?
aku pun tak tahu sebenarnya, yang aku tahu asimen itu semua poyoooo!
sakit kepala otak aku yang kiut ni tahu. kiut ke masalahnya kepala otak bergeliga aku ni?

hoii aku nak balik kampung jugak! mane aci kau je yang balik kakak. tetibe je out of topic kheen.
eh tak kesahlah. rindu my mumy yang tomei-tomei tu. comeii ngatt! bak kata ikram. hoho
kau tak kenal ke ikram? sah outdated. kohkoh
rindu nak ziarah kubur abah. rinduuuu abah banyak banyak banyak banyak :'(
sedih pulak tetibe. sobs!

dah lah, aku nak sambung buat asimen yang kurang siuman tu balik.
asimen ke aku yang kurang siuman sebenarnya? anjing depan rumah aku lagik kurang siuman.
anjing tuh tah pape je, asyik nak menyalak je keje nye. asal nampak aku je menyalak,
aku tahulah aku hensem tapi tak payah lah obvious sangat puji aku hensem. *lempang*
AUK AUK AUK katanya anjing itu. maksud dia DIBA HENSEM, DIBA HENSEM, DIBA HENSEM.
see, aku yang kurang siuman sebenarnya and bukan anjing itu.

motip, uols?

kamu tahu tak, i hate sk kepala batas. i dont like it at all. uwaaaa!
seriously aku rindu nak praktikum kat sk hutan kampung balik. :'(
walaupun sk hutan kampung tu budak-budak dia nakal tak hengat, tapi yang lain sume best tahap cipan.
dah lah, tak baik mengeluh.. Allah dah hantar kamu kat sana mesti bersebab kan diba, terimalah seadanya.
kenkadang kita macam menyalahkan takdir pulak, sedangkan Allah mengatur segalanya sesuai dengan keperluan dan kebaikan hamba-Nya. sebab ape kawan-kawan?
sebab hanya Pencipta tahu apa yang diperlukan dan terbaik untuk ciptaan-Nya.
kenkadang apa yang kita nak tak semestinya baik untuk kita,
dan banyak pulak perkara yang tidak kita senangi itu sebenarnya adalah baik untuk kita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui."
(Surah al-Baqarah:ayat 216)

wahh gituu.. daripada dok merepek macam kerepek, last-last dah jadik tazkirah ringkas pulak entry aku nih.
aum aum! so untuk kuatkan ati kita hadapi sesuatu ujian daripada Allah, kita harus pikir positif all da time!
dan akhirnya aku dah bazirkan 20 minit dengan mentaip entry ni daripada mentaip asimen yang banyaksss itu.

dah, lah. nak sambung buat asimen puleks. bubuii awak yang cute! kehkeh. :')

Friday, January 25, 2013

pressure

:'(

i wish i couldn't do all of this shit.
i wish i can just sleep and do nothing.

i hate this environment!

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum.. :')


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H... :')

Rasulullah S.A.W bersabda:
Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah 
orang yang paling banyak berselawat kepadaku.
Hadis Riwayat Al-Nasai & Ibnu Hibban


untitled

:') 


kihkih!
boleh paham tak aku minat dia ni tahap cimpanzi yang kene parkinson.
oke takleh blah.
diba giler meroyan tak hengat.

dulu aku minat zahiril adzim, tapi beliau dah kawen khonn.
maka aku minat izzue islam lah pulak sikalang. kohkoh!
dan oh ye, minat tak semestinya suka tahap siput varvie.
dan semestinya izzue tak penah minat aku mahupun kucing aku yang gojes itew.
dan amat ramai aweksss yang admire this mamat.
giler tak admire kalau dah hensomm cenggini. tapi hensomm lagik pokok kaktus aku.
dan aku pun tak jadik lah nak minat dia ni.
ape kata aku minat dekat Kak Senduk yang ohsem tuu??

i lebiu kak senduk, bikos you're so funny like keropok mony! ahah~

Sunday, January 20, 2013

mission : possible :')

let's sebarkan aura-aura positif :')
berfikir juga haruslah secara positif!
hoyeah!

Saturday, January 19, 2013

Doh Bakpe

Doh bakpe yang mung ni malas sangat diba.
mung nok jadi mende.
mung kalu malas sangat, mung gi saing ngan lembu.

gapo namo rimau la mu nih.
koya-koya nok kecek ganu gituh kea tapi gak dop tahu gapo.
ari-ari ngepek ko diri sendiri, tapi gak dop jugok beruboh.

uols pehey ko iols kecek bahasa perancis nih? ahak!

pah takpo lah deh, ambo mitok diri dulu.
beraso nok gi wat kijo sekoloh tapi gak berat alah ko nok tido nih. yakboktam woh moktam!
bo lah jadi malah nyo diba, acu try test jadi rajin gak seposen duo.

eh, tahukah anda bahawasanya malas itu boleh membawa maut?
haaa.. kann? hoho


ahah?

:')


yay! just let bygones be bygones

Al-Baqarah : 152


Ala bizikrillahi tathmainnul quluub 
Dengan mengingati Allah hati Kita kan tenang..
(dulu-dulu selalu dengar ayat ni kat radio ikim)
^_^

Header Baru

Assalamualaikum.. :')

ouh ya, setelah sekian lama dan bertahun-tahun aku guna header yang sama kat blog busuk ni.
maka pada malam ni aku telah mentukar header baru.. yay! yay!
aku seriously rasa bosan dan nyampah tahap sampah busuk bila tengok header lama.
since 2010 aku guna header tu and never ever ever ever change it. macam lagu taylor swift dah.
how loyal i am kann. haha.
so, aku ni memang suka everything about vintage.. sebab dia nampak classy and of course cantiks!
my new header ni pun haruslah nak ala-ala vintage gituuu khen. :'p

header lama iols.

header baru iols.
muka iols macam nak mintak penampar sebanyak 99 das. hoh!

That's all. bubui!
hoyeah mendengar lagu secara bersemangat!

Friday, January 18, 2013

Si Comel

Assalamualaikum.. :')

hai uols.. aku kan minat cite setia hujung nyawa tu tahap gaban.
nama bakal anak pun nak ersalina. haha sedeyh!
jadi haruslah aku jugak minat tahap ultraman kat nelydia senrose tu khon.

pada pandangan perut kempis aku la, dia comell sangat!
tak jemu gitew bila kita tengok muka beliau.
patut ah bila aku tengok muka beliau nak ada iras-iras emma maembong, ghupenya cousin dia. ceh.
same kan? ke mata aku yang kero. ahak!

ada iras emma ape?

so comels.

aku suka tengok dia ni sebab dia comel. pastu suke tengok lakonan dia.
pandai pulak dia nanges.. dah macam hujan. kohkoh.
aku ni jarang sangat nak minat cite melayu.
tapi bila aku dah minat tuh, memang tahap cimpanzi punya minat. sume nak tahap haiwan je.
haiwan pun ade masalah. *hoh, tetibe*
before this, cite melayu yang paling aku minat Nora Elena. kihkih macam pondan je aku punya taste.
kalau cite adaptasi daripada novel memang best lah. ala-ala sweet cenggitu. auw auw!
masa cuti sem aritu, aku jadik penunggu tv sebab dah takde benda nak buat.
makanya tetiap ari aku mengadap drama melayu. macam addicted pun hado.
bila aku ingat balik, macam ape je drama yang aku layan tu. unbelievable noks.

Cinta itu milikku
Putera rayyan
Trilogi Cinta
Cinta dan Cita
Adam dan Hawa
Dia atau Diriku (ni sinetron indon. haha)

so, tu lah antara drama poojaan hatiku masa semester break aritu. sadis yang amat oke nyah.
drama yang mak aku join sekaki ialah putera rayyan dengan trilogi cinta. 
haa trilogi cinta tu memang peberet beliau. sebabnya, fauziah ghous tu pelakon yang beliau minat. 
kelas gitchuuu!
pastu mak aku cakap, dia suka tengok putera rayyan bikos nak tengok bibir zila bakarin yang pelik tu. kihkih
mak aku siap komen lagi cakap nad zainal tu berlakon tak best. siap persoalkan camne dia ni boleh jadi pelakon. haa cemane aku nak jawab. maka statement bajet artis lah yang keluarr, 'no comment' :'p
mak aku ada list favorite actress beliau kau tahu. antaranya ialah.... jeng jeng jeng!
Fasha Sandha, Fauziah Ghous and Jue Aziz
haha aku siyes tak faham kenapa jue aziz kena ada dalam list. ahaks!
yuna pon mak aku tak minat sebab yuna nyanyi tah ape-ape katanya. 
sentap oke, aku dah lah minat lagu yuna.. wohoho

nampaknya entry aku kali ni dah menyimpang jauh daripada tajuk, sepatutnya aku story mory pasal nelydia.
tapi aku dah termelalut cite pasal drama melayu. ahak! yada yada.

Tumblr_mgil81obzc1rkhgwpo1_500_large
sebelum aku chow cincau.. terimalah kata-kata semangat darikuh. ahah!

That's all. Bubui!

salam sayang, 
diba n zain min ho 
:'p

...

MALASnyaaaaaaaaa...


like seriously rasa malas sesangat!
:'(

Sleeping Ugly

kenapa bila aku set nak tidur untuk satu jam... boleh jadik 5, 6 jam?
haih, masalah betullah kau ni dibun.
dibun is PENTIDUR. dibun is loser.
dibun tu akulah, nama glemer seyh. seram punya nama. gugugugu.

mungkin aku adalah sleeping beauty ugly.. hohoho horlicks!

shomel tak titew titun? wuwuwu

aku akan berusaha mengurangkan tidur pasnih! hiyark hiyark aku berazam!

Rindu

bangun-bangun tido ingat mak.
rindu.. :'(
rindu abah.. rindu yang amat sangat sangat! sobs.
rindu sume orang..
rindu adik yang selalu aku ajak fight.
rindu kakak-kakak yang ohsem.
rindu nak dok umah.. uwaaa!

SAYA RINDU FAMILY SAYA!!
tak nak dok sini.. :'(

bawa daku pegi.. pacu laju-laju *eh boleh nyanyi pulak*



rindu terok! :'( sobs sobs

Hello World! I'm Yuyu

Assalamualaikum.. :')

celamat ari jumaat sume orang.. ^_^
alang-alang dah masuk ari jumaat ni, jom kita lihat kelebihan hari jumaat ye uols!

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” 
(HR Muslim)

Baiklah, tujuan aku mentaip entry arini bikos aku eksited tahap cipan nak share something. kihkih
ekceli dah lama nak share, tapi lupa pulak.. maklumlah aku kan nenek tua, nyanyuks la sedikit sebanyak.

heyy orang kampung sekalian!!
dengar sini, dengar sini.. pada 3/1/13 yang lepas iols dapat anak sedara baru!
yay yay! happy sesangat uols! iols da jadiks mumy. haha bajet macam aku je yang beranak khon.
my sis supposed to deliver on Dec 28, but then.. baby dia tu gumuk cangat, so takleh nak bersalin lagik.
so, at last terberanak lah beliau pada 3hb yang lopaih kat malacca the history city. wahh gituww~
ahah, pada jam 2.45 pagi.. if not mistaken lah. aku rasa dah betul kot.
aku giler eksited sebab dapat baby girl.. hoyeah!
dengan tak malunya, my sis namakan anak beliau Ersalina Imani! oh aku tipu.. tu nama bakal anak aku. mihmihmih. ni dah sebab terpengaruh dengan cite Setia Hujung Nyawa! auw auw.
my sis secara officially nya telah menamakan anak beliau as NURUL IMAN.
nama nak skema je kann.. tak urban lah nama kau pilih kakak. uhuks.
then, all of the mak sedara yang gojes decide nak panggil nurul iman as yuyu. manje tak? manje tak? haha

Hello world! I'm Yuyu.
speaking london gitu my niece.. ahaks! :'p
pipi terlampau chubby sampai mulut da jadik tecit.

before my sis deliver the baby, all of the mak sedare yang kepochi sibuk suggest nama.
tapi langsung tak dilayan oleh ibu mengandung itu.. ades! kakak aku ni keras kepala betei lah..
beliau nak jugak nama nurul iman. so, oke takpelah anak kamu kan. grr!
kakak aku yang sulung suggest Iman Zahra Aina. nama macam tak berapa nak gramatis sangat, tapi nice jugaklah khen. nama iman tu mesti ada sebab mak budak tu nak jugak nama iman.. hoho.
lepas tu, kakak aku yang seterusnya nak Nurul Iman Zahrana. pulak dah! dah kenapa semua nak zahra ni?
adik aku pulak nak Iman Insyirah. nama panggilannya ialah In'In. hakhaks. in'in = dalam dalam. lawak!
aku? aku jugak tidak ketinggalan untuk men'suggest'kan nama..
lalu aku dengan bangganya mencadangkan nama Siti Zaiton. ade bran? hikhik, nama panggilan eton or zai.
aku kasi nama tu sebab dah fed up dengan my sis, aku yakin beliau akan stick dengan nama pilihan dia jugak. so baik tak payah aku perah otak geliga aku untuk pikiaq nama anak beliau. hihi :'p

mumy diba tak sabar nak jumpa yuyu..
cuti raya cina nanti mumy diba pegi jumpa yuyu okai. harhar. geli pulak bila aku bace balik ayat ni.
mumy kot! *tangan di bahu, mata juling ke atas*
oh lupa.. mumy diba tujukan lagu Nurul Iman by Amar khas untuk yuyu.
sweet tak mumy diba? *muntah*


That's all, bubui 

Beberapa Hari Saje Lagiks

Assalamualaikum.. :')

hari ni dah masuk hari jumaat..
hari isnin dah mula masuk sekolah oii.. uwaaa.
oke ni last praktikum untuk iols. iols rasa berdebar macam nak berlegar-legar di ruang udara. motip?
this sem sangatlah mencabar dan berliku-liku lagi bersimpang-siur.
banyak betul keje-keje yang nak dibuat ye uols.
mane nak praktikum.. nak buat kajian tindakan lagiks.. tugasan kat sekolah lagiks.. and bla bla bla.
haih, tak sanggup aku nak pikiaq masa dopan yang golap itu.
ape yang aku harapkan ialah moga Allah mempermudahkan setiap urusan aku.
jangan belenggu hati aku dengan rasa resah gelisah dan kuatkanlah hati aku.

kenkonon tengah pikir masa dopan. kohkoh, takleh blah. :'p

haa.. one more thing, aku dah tak dapat encik rahim lagiks untuk observe praktikum. hoyeah!
itu hari masa last sem punya praktikum, aku dapat beliau.
huwaaa! beliau sangat psiko. bila ku terpandang wajahnya, ku menjadi tidak keruan. ahak!
mata beliau yang paling takleh blah. orang cakap dari mata turun ke hati, tapi encik rahim ni lain der.
dari mata turun ke menggigil-gigil badan aku. cara dia tengok kita tu khon, macam kita buat salah je. haih!
tapi dia ni oke jugaklah, bila dia bercakap tu banyak input kita dapat.. nama lagik ketua jabatan.
masa cuti hari tu, aku sangat down macam nak jadi sindrom down sebab aku dapat tahu yang beliau yang akan observe aku AGAIN!
pastu, aku pun asyik monyok je macam monyet. hehe takde kaitan punya persamaan.
pastu aku kan lembik.. sikit-sikit nak nanges, lalu aku termenangis bikos memikirkan nasib aku kene berhadapan dengan encik rahim yang gojes tu lagik.
bila nak balik maktab, aku rasa seolah-olah gelap dunia aku. wah gituuu! hiperbola nak mamtik.
tapi alhamdulillah lah aku dapat tukar lec. kehkeh. tapi! aku tidak boleh terlalu gumbira!
ini kerana, aku dapat lec yang sangat ohsem pulak untuk subjek minor.. muahaha.
aku telah mendapat encik sober yang kiut macam doremon tuh! adoiii..
aku harus bersedia untuk menerima serangan-serangan hemburan kata-kata yang pedas daripada beliau.
beliau dah sedia ada cop budak kelas aku ni slow.. dalam erti kata lain lembaps. oh sedeyh!
tapi takpe, aku yakin encik sober baik. mindset tu penting! o yeah~

lagik, ape aku nak cakap?
haa aku nak share pic school yang bakal aku bermastautin selama 3 bulan untuk praktikum. yada yada!
this school is cool as ice cool. kuikui

oh, please be nice to me and my partner. :')

That's all. bubui!
^_^

Thursday, January 17, 2013

Anon

Wah, ade jugak anon yang komen blog aku yang kiut miut ni. harharhar.
sapekah anda? tium pipi cikit.. muas muas.
best ayat uols komen kite, i like!

anon means pengecut. dia tak berani bagi link or nama sebenar sebab dia pentakut.
ekceli dah lama beliau komen, tapi takde pulak aku perasan.
cian kat awak kan, kite tak perasan pun awak komen kite.
kemain awak komen panjang-panjang sambil speaking london giteww. aum!

so, STALKER. i don't ever need you at all.
if you don't like me, you can just go away.
who cares?
you're not welcomed here.

eh tetibe! *bajet hana tajima*

lots of love, 
ME
xoxo!

Bersyukur


Mensyukuri Nikmat

Cara mensyukuri nikmat boleh dibahagikan kepada tiga bentuk keadaan. Iaitu dengan hati, lisan, dan anggota badan (amalan fizikal). Mensyukuri dengan hati adalah dengan meneguhkan tauhid, keimanan, dan mengakui nikmat-nikmat tersebut datangnya dari Allah (SWT).

Allah (SWT) berfirman:

وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ
“Dan apa jua nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah ia datang, dan apabila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.” (Surah an-Nahl, 16: 53)


Mensyukuri nikmat Allah dengan lisan adalah dengan sentiasa memperbanyakkan pujian serta mengingati-Nya (dengan zikir dan doa) di setiap keadaan sebagaimana yang disyari’atkan. Di antara pintu syukur melalui lisan adalah dengan ucapan hamdalah.

Manakala mensyukuri nikmat dengan anggota badan adalah dengan cara menggunakan anggota badan untuk amal-amal kebaikan serta mencari keredhaan Allah serta dengan tidak menggunakan nikmat-nikmat yang dimiliki untuk perkara-perkara yang dibenci oleh Allah.

Semoga kita mampu menjadi manusia yang paling bahagia dengan menjadikan nikmat-nikmat yang kita kecapi sebagai sarana mencari redha Allah Subhanahu wa Ta’ala. Iaitu dengan menjadikan setiap rezeki dan kelebihan yang diusahakan sebagai aset untuk mentauhidkan dan bersyukur kepada Allah. Setiap nikmat yang dikurniakan Allah kita jaga dengan cara mentaati dan melaksanakan perintah-Nya serta kita menjaganya dengan cara memeliharanya sebagaimana diperintahkan.

Sebaliknya semoga kita tidak menjadi manusia yang malang lagi mengkufuri nikmat-nikmat Allah dengan menggunakan kelebihan nikmat-nikmat tersebut untuk bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga mengundang kemurkaan-Nya.

Sifat syukur dan insaf dapat lahir antaranya dengan selalu melihat kesusahan dan kepayahan orang lain. Sebaliknya jangan terlalu asyik melihat kelebihan orang lain sehingga membuatkan diri merungut rasa kekurangan. Oleh itu di samping merasa syukur, ia perlu diiringi juga dengan sikap qona’ah, iaitu merasa cukup dengan apa yang kita miliki dan mengusahakannya sekadar kemampuan tanpa berlebih-lebihan mengejar apa yang di luar kemampuan.

Rasulullah (SAW) bersabda:

إِذَا نَظَرَ أَحَدُكُمْ إِلَى مَنْ فُضِّلَ عَلَيْهِ فِي الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْهُ مِمَّنْ فُضِّلَ عَلَيْهِ
"Apabila salah seorang dari kamu memandang orang yang diberi kelebihan melebihi harta dan bentuk tubuhnya, hendaklah ia memandang orang yang lebih rendah darinya di mana ia diberi kelebihan berbanding orang tersebut." (Hadis Riwayat Muslim, 14/212, no. 5263)

Rasulullah (SAW) bersabda:

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ
“Benar-benar beruntung seseorang yang masuk Islam, kemudian mendapat rezeki yang secukupnya dan Allah menganugerahkan pula kepadanya sifat qona’ah (merasa cukup dan redha) dengan rezeki yang Allah berikan kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim, 5/276, no. 1746)

Dance Remix : Listen


haha, ini lawak!
rasa macam nak termenari pulak aku dengar video ni..
leh buat ringtone kot.

i lap u Bavhani. eh camni ke eja nama beliau?
tak kesah lah kan Bavhani ke, Bawani ke, Bawal ni ke. eh tu mat luthfi cakap oke. haha

Friday, January 11, 2013

Sleep

kita hidup ni bukan nak puaskan hati semua orang.
kita hidup ni bukan nak menyusahkan orang.
kita ni bukan orang-orang kerana kita manusia.
kalau kita orang-orang, tempat kita adalah di sawah.
aku pun tak pahamlah ape aku meraban.
sebenarnya aku main taip je sebab nak kasi post banyak, post aku untuk 2013 baru je 3.. heee~

tahu tak, aku sedihlah dengan diri aku ni. sobs! :'(
aku selalu je tido lewat, jadi waktu tido aku tu absolutely not enough and miserable.
kenkadang aku terlebih tido, kenkadang aku tak tido. peliks.
eh peninglah aku dok taip perkataan tido tido tido ni hah!
and fyi, last night aku tak tido pun.. now it's 8.43 am, and aku rasa aku patut membuta tuli just now.

aku harap aku dapat ubah rutin tido aku. huarghhhh!


Nota Kaki: aku rasa kan, aku patut dok amerika lah.. baru betul rutin tido aku. meoww! :'p

Friday, January 4, 2013

Serabut

Aku tak tahu apa yang aku fikir
dan aku rasa macam nak maki diri sendiri

kenapa aku di sini, sedangkan aku tidak pernah mengimpikannya?
:'(
susahlah hidup ni woh.

i'm really really feel depressed right now!

Girl,in,paradise,girl-a32c996bd058be33f96650ff4a7c67ba_h_large_large

Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013!



Assalamualaikum.. :')

udah masuk tahun duaghibutigabelaih nampaknye kita ye senah..
so, izinkan aku yang kacak lagi hensem ini mengucapkan..

welcome 2013
and i've got nothing to do with you.. teehehe :)



takdenya aku nak berazam bagai, bukannya iolls buat pun uolls. kehkeh!
harap tahun ni oke-oke jelah semuanya..
tu jelah kot, penat ah nak taip pepanjang.. uhuks!

bubui uolls!


Nota Kaki: berasa homesick sedikit sebanyak. cehh! cam pondan.