~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Saturday, July 20, 2013

Ingatan

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.

Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati yang membacanya.



Oh ya, di kesempatan ini kite nak wish 'selamat menyambut bulan Ramadhan' kt sape-sape je yg baca blog kite.. same-same kite tingkatkan amalan di bulan yang mulia ini.. (':
mane tahu kan, tahun depan dah tak jumpa Ramadhan.. :'(
moga Allah terima amalan kite semua..

iols agak sibuks kebelakangan dan kedepanan ini.. makanya blog ini akan sunyi sepi umpama kopi. ihiks~
agak kesibukan dengan internship, kajian tindakan, asimen, report and bla bla bla. uwaaaa! T.T
tak payah nak sedih and stress sangatlah diba.. 
saya dah besar, saya mesti boleh buat! eh besar ke gemuks? ohoiii
caiyok!
papai uolss.
Salam :)

2 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

sy setuju kita mmg takkan dpt semua yang kita nak, tapi kita akan dapat apa yg sepatutnya kita dapat, yang sesuai dengan kita...
sebab Allah tahu yang terbaik untuk kita...

selamat berpausa... :)

p/s: dekat blog awk nie ade keluar iklan video ape entah, dia kepong awk punya blog post tau...

Selipar Putus said...

Allah knows the best kan kak.. :)

eh tula pasal.. tak reti nak buang caner video tu.. memang sakit ati ni haa.. sobs!