~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Friday, August 8, 2014

Assalamualaikum :')

Assalamualaikum w.b.t..
lama betul beta tidak menghapdet blog beta ini. hiuhui.
Sebenarnya aku saja je nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada sesiapa sahajalah yang mengenali diriku yang pemalu ini. hikhik.
hari ni dah raya ke berapa ya? lupa pulak aku. Raya kan sebulan, so logik la aku baru wish khennn. :'p

aku dah tak hado idea nak berblogging. Tak tawukk nak tulis ape.
sejak menginjak ke umur 17 tahun ni, aku rasa nafsu nafsi nak berblogging ni dah tak hado.
17 tahun ke bedah?? ihik.

eh, baru-baru ni aku dah konvo. yeay!! hampir terlupa pulak aku. 5 tahun setengah aku berhempas pulas study kat negara Korea sana. Korea sangatlah kan negeri Kedah tu. hokhok.

mana aku? gila gemok bila pakai jubah keramat ini. keramat giteww.

gambar takde sangat sebab tak menyempat itu hari. Gambar raya pun aku tak hado. 
Abis apa yang aku ada? aku ada kuda. kudaku gagah berani lagi tampan.
Oh ye, aku ni ada sebijik masalah lah kawan-kawan sekalian.. 
aku takut nak drive, pastu aku susah nak ingat jalan, pastu aku failed bila nak parking. loser gila aku.
Aku cuma tahu drive untuk pegi dan balik sekolah. idok ler aku reti nak pegi ke tempat lain. bolok gilerr.
Kalau kena pegi kursus kat mana-mana pasni acaner.. uwaaa. 
Doakan supaya menjadi lebih berani lagi konpiden di jalan raya. huhu. hazabedahhh sangat aku.

Banyak pulak aku rasa nak story kat sini. tapi lupa pulak aku nak story hapekebendanya.
Oh ya baru aku merasa erti kesibukan tatkala berkerjaya kini. malas ah nak cite pasal kerjaya.
Bila dah keje ni, rindu pulak zaman belajar. Masa study dulu sibuk je nak keje. Seriuss rindu nak pegi kelas kat IPDA. sobs sobs. Rindu nak tido dalam kelas. boleyy?

Aritu kan masa nak balik kampung, jem tahap gaban lah. Aku rasa dah macam apa dah dalam kete tu. Padahal aku tido je pun, bukannya drive. huhu. Aku bertolak 7 pagi, pastu sampai Pasir Mas dalam 1.45 pagi. So, kiralah berapa jam aku bermusafir.. Titewww rasa ohsemm shangat.. walaupunnnnn!
Lepas tu yang tak bestnya, raya keempat aku dah balik Shah Alam.. sobs sobs. 
Penatlah aku flashback benda-benda yang dah lepas. cukuplah setakat ini contenganku.

Oh ya, nak bagitahu ni.. 
aku ade sebijik selipar jepun. selipar jepun aku tidak putus sebagaimana nama blogku selipar putus. selipar jepun aku kaler oren. walaupun namanya selipar jepun tapi ia bukanlah buatan jepun. pada selipar itu tercatat perkataan Quicksilver. bukan ori.wakakap. selipar itu dibawak ke sekolah untuk digunakan sewaktu mengambil wuduk. hari-hari aku menggunakan selipar jepun itu dengan penuh sopan-santun dan lemah-gemalai. 
pada suatu hari, selipar jepun aku yang tak berapa nak putus itu telah disonglap oleh murid.
Cikgu saiyanggg tau selipar tu, sampai ati ko curik nak. sobs! T_T
budak-budak zaman sekarang ni memang maciam-maciam.
selipar jepun cikgu saiz gajah, kaki kamu saiz kuman. semoga selamatlah kamu memakainya dan diharap tidak tersadung mahupun tersasar ke lembah hina.hehe.


selipar jepun, RIP. Jangka hayat kau dengan aku cumalah Mei 2014-Ogos 2014.
motif aku cerita pasal selipar jepun?

Oke itu je. Bubuiii! :'p
Sekian, trimas.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin once again.

cakk! tata!

2 comments:

Cik Alynn said...

Waa lama mnghilang pegi manaaa?huhu. Cngrates tau sbb dh knvo! Da slmt jd cijgu da pn ya.
Alahaii slipar jipun ckgu jgk yg nk dikebasnya ya..hihi

Selipar Putus said...

Alynn!! Diba menghilang ke paris.hakhak.
eyyy tenkiuu sayang.. cijgu pon boleyy. Typo detected.haha.