-En. Amin Idris.
Ada 5 Bab :
Bab 1 - Muslim dari segi Akidah
Bab 2 - Muslim dari segi Ibadah
Bab 3 - Muslim dari segi Akhlak
Bab 4 - Muslim dari segi berkeluarga
Bab 5 - Muslim dari segi Mengawal diri.
Kata Saidina Umar ra.
"Kita adalah satu kaum yang mulia kerana Islam."
Rasulullah: “Hikmah adalah milik muslim yang hilang, dimana saja dia menemukannya, maka ia berhak mengambilnya.” (HR. Tirmidzi, 261
Aqidah.
Asal perkataan A'qada yang bermaksud Ikatan.
1. Yakin bahawa pencipta alam ini ialah Allah swt.
Firman Allah bermaksud:
"Sesungguhnya kejadian langit dan bumi dan perselisihan malam dan siang itu ada beberapa bukti bagi orang yang mempunyai fikiran. Mereka mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring dan memikirkan kejadian langit dan bumi seraya berkata: Hai Tuhan kami! Tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau! Kerana itu peliharalah kami daripada seksa api neraka." Surah ali-Imran ayat 190-191)
Pernah diriwayatkan, Nabi SAW menangis dan apabila ditanya mengapa, lalu dijawab Rasulullah SAW bahawa pada malam itu diturunkan ayat daripada surah Ali-Imran bermaksud:
"Celakalah bagi orang yang membaca ayat kejadian langit dan bumi dengan tidak memikirkannya."
Firman Allah bermaksud:
"Maka tidakkah mereka mahu melihat kepada unta bagaimana dijadikan? Dan melihat kepada langit bagaimana ditinggikan? Dan melihat kepada gunung bagaimana ditegakkan? Dan melihat kepada bumi bagaimana dihamparkan? Maka ingatkanlah, kerana engkau itu hanya seorang pengingat." (Surah al-Ghasyiah, ayat 17-21)
2. Yakin Allah tak ciptakan satu-satu kejadian itu secara sia-sia.
- Tanya balik dalam diri kita, berapa kali kita diuji?
-Tanya balik dalam diri kita, berapa kali kita dah lepas ujian tersebut? - siapa yang beri kekuatan untuk kita lepas dari ujian itu?
- Dan tanya balik dalam diri kita, apa kesan selepas kita diuji tersebut?
Lebih baik..? Atau sebaliknya?
3. Allah mengutus Nabi saw untuk kenal dan mengabdikan diri kepada Allah Taala.
"Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, meskipun orang-orang musyrik membencinya.”
[TMQ Ash Shaff (21) : 9]
4. Matlamat kewujudan insan adalah untuk menjadi hambaNya dan sebagai khalifah di muka bumi ini.
“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku” (Az-Zariyat: 56)
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah 2,30)
5. Ganjaran bagi Orang Mukmin.
'Orang yang bijak, bila dia beramal, dia akan tengok apa yang diakhirnya'
6. Kejahatan dan Kebaikan itu adalah pilihan manusia.
Allah berfirman (maksudnya):"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (As-Syam 91:8-10)
7. Urusan penciptaan undang-undang adalah hak Allah swt.
Rasulullah saw pernah bersabda: “Hikmah adalah milik muslim yang hilang, dimana saja dia menemukannya, maka ia berhak mengambilnya.”
(HR. Tirmidzi, 2611)
8. Berusaha mengenali nama-nama Allah swt (beserta faham akan maksudnya)
Firman Allah SWT yang bermaksud :"Allah SWT mempunyai Asma' al-Husna (nama-nama yang indah), maka mohonlah kepadaNya dengan menyebut Asma' al-Husna"
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Sesungguhnya Allah SWT mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafaznya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga". (Riwayat Bukhari)
Source : Pesbuk Heliza Helmi
I just found that this article sangat berguna. Dulu penah baca buku ni, tapi tak sempat habis. So, thanks to heliza coz had conclude it.
So sharing is carry junior. Lel.
*fefeeling ustajah pilihan*
No comments:
Post a Comment