~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Thursday, October 31, 2013

Malas

saya
malas
nak
study
tapi
nak
result
cantiks.
macam mulut itiks.

m.a.l.a.s

nak taip ni pun malas sebenarnya.

anak sape comel sangat ni? *tetiba*
maafkan beta kerana mencuriks gambo ini. mihmih!

buku nota dah lah macam esei.
saya nak baca nota, bukan esei.
kenapa aku beli buku tu?
buku tu kenapa aku beli?
beli kenapa aku buku itu?
buku tu beli aku kenapa?

nah, buku lima atas dahi kamu.

ape aku merepek ayam ni?
eh aku memang suka makan ayam.

babai.

gambar zaman tak matang. wakakap!
2009 or 2010. study katanyeee.
macam tak guna jeeee.. aptb!


bubui! malas study. aku dah bijak. noktah bertindih.

Tuesday, October 29, 2013

Sape Sombong Pegi Masuk Lombong

pipi dia. pipi dia. gerams nyes! hiks~

jangan terlalu sombong dan bongkak dengan kelebihan yang kamu ada.
jika Allah mahu mengambilnya kembali, dalam sekelip mata semuanya akan hilang.


how about Mr. Arrogant? *tetiba*
yang tuuu kite suka. hehe.

Irham tak payah nak arrogant sangatlah kheen dengan Zaara. mihmih


sekian, bubui.
ape aku tulis ni?

Monday, October 28, 2013

Yuyu I Misyu!

^_^
Yuyu.. your aunty rindu tahap tersedu-sedut dekat you ni. sobs sobs!
you dengar tak ni yuyu? im talking to you oke. *aunty mereng*
lama dah tak jumpa my yuyu.. rindu aunty tak yuyu sayang? ape? tak? memang nak kena siku.
fyi, yuyu tu anak sedara iols.
full name, Nurul Iman. moga menjadi orang yang beriman hendaknya.
sekarang yuyu dah nak masuk 9 bulan dah. oyes!
tak sabar nak tengok yuyu. macam comel je kan bila tengok baby. memang adorable sangat!
macam cantik je,
macam cantik je,
macam comel je,
macam comel je.
ngiahaha macam shasha sangats! comel jugak budak shasha tu.
baby dah la wangi.. omei-omei.. gumuk-gumuk.. best gilak bila dapat dukung and peluk baby.
tapi basuh beyak baby tak besh. hakhak.
paling best bila kita pegang tangan baby.. for sure baby akan genggam jari kita kuat-kuat kan.
i loike it. kihkih. tak tahu kenapa tapi suka sangat.

yuyu on her way back to hometown.
yuyu with mumy jue.

yuyu on her way to 'berjimba-jimba' with mama long. kuikui.
nape fokus sangat ni yu? udah juling mata yu. wakakap.

yuyu in baju kurung. so cute of you my yuyu. muas muas tium pipi tikit! kihkih.
why rambut yu cam lelaki ni? it's oke yu.. that's what we call style. rihanna kot. hikhok~

yuyu dah boleh sit down but have to sandar la kan for sure.. keep it up yu!

yuyu with who?
itulah aunty yuyu yang paling cool dan penyayang. wakakap.

yuyu memang suka snap pic dengan auty yuyu yang cool itu.
ternyata aunty yuyu memilik ciri-ciri keibuan yang sangat tinggi. miahaha.

watcha you doin' yuyu? eating your own cloth? nice bebeh.

yuyu iz boring. 
why people keep on snap my pic? said yuyu.

the conclusion is...
I MISS YOU SO MUCH YUYU! can't you hear me?

Action Research Done!

Assalamualaikum =')

Oit orang kampung sekalian!! Kajian Tindakan a.k.a Thesis kite dah siap! hoyeh hoyeh~
oh my goat! kitew rasew happy tahap kambing gurun sahara aw aw.. mihmih gedik gilak. ='p
pehhh rasa legaaaa gila kot. then, rasa cam nak lompat bintang secara bertubi-tubi jeee. *hover sangat kau*
imagine lah bagai nak gilak kot buat benda ni.. since January till October kot. pffft!
berapa kali repair pun aku tak tahulah.. sampai rasa nak termuntah pink mengadap benda ni.
tak cukup tido tu payah cakap ah.. mata aku dengan mata beruang panda memang takleh nak beza.
beruang panda pun jeles tengok mata aku lagi lebam daripada beliau. hokhok~
demi tesis ni, tido malam for just 1 or 2 hours is barang biasaaaa bagi iols tahu. sobs!
dan oh ya, pensyarah penyelia aku boleh tahan cerewet macam bahan pengawet tahu. ape kaitan?
setiap kali kasi beliau tengok kajian aku tu.. ade je yang beliau suruh tambah.
ingat nasi tambah kenduri ke hape kheen. tapi takpelah, i follow je lah.. i kan budak baik. zzzzz!
kalau takde pensyarah aku tu.. ke laut lah agak nye kajian aku.
memang terima kasihhhh sangatlah kat beliau. comel je encik zainal ni. macam kartun. hakhak.
dia ni sporting and funny je, tapi still lah serious je kalau berkaitan dengan kerja.
kenkadang aku rasa muka dia macam David Teo pun hado.. hikhok!
tapi beliau memang baik sesangat! semoga encik dirahmati Allah selalu. temkiu so much encik!
tanpa encik, sapelah saya. gitewww.

finally! berpeluh ketiak aku. 
duit pun terbang cenggitu je buat jilid makluk tuhan paling seksi ini. sobs!

lihatlah mata iols yang bengkak tahap cipanss. eh sinar mentari over pulak, iols tak secerah ni puns.
masa ni, malam tu aku tido sejam lebih je oke. 
takdelah malam sangat pun sebab aku tido pukul 7 pagi. sobs!

masa ni daripada malam aku settle kajian sampai 7 pagi baru tido, then pukul 8.30 pagi bangun.
bangun pulak pegi settle tempat untuk dinner batch kat aloq setaq bak hang. balik pulak pukul 5.30 petang.
yang uols nampak hado bakul dengan kertas warna-warni bersimpang-siur dekat belakang iols tu adelah props untuk photobooth. 
malamnya pulak pegi dinner. dah namanya dinner konpem lah balik lewat kanz. penat gilosss. 
siyes rasa hectic giler life iols masa tu. semuanya angkara kajian tindakan itewww. 

dinner itu hari. aku pun tak faham kenapa harus pose cenggini. macam kete api. kuikui.

dulu rasa macam best je tengok senior post gambau kajian yang dah dijilid. masa tu aku blur-blur je tak tahu ape.
pastu sampai turn aku buat kajian memang at first aku blur gilak kot. ape pun tak boleh.
masih ku ingat, masa nak buat analisis data dulu aku nangis kot bikos tak reti buat. stress tahap beg plastik tesco wa cakap lu. tapi memang tak boleh blah lah aku nanges kan. tapi tu lah pengalaman. wahahaha.
bila ingat balik, rasa macam ape ke tisu nya hati aku. ape ke lembik nya aku. kemonnn la diba. hikhok!
bila fikir harapan mak ayah, aku usaha la.. tu jelah penguat semangat aku. oyesss.
bila rasa down, call lah mak kite.. kalau yang masih ada ayah, call lah ayah jugak.
luahkan apa yang uols serabutkan sangat tu.. moral support daripada parents adalah yang terbaik.
ibu bapa adalah insan yang sangat ohsem. kata-kata daripada mereka seumpama satu suntikan semangat yang sangat hebat. =')
ok sambung cerita ye noks..
masa VIVA aritu pulak memang aku tak dapat lupa.
dia punya debaran nak hadapi VIVA tu rasa macam nak ambik result SPM, tapi triple lah dia punya level.
dua tiga hari sebelum VIVA tu toksah cite ah, memang tak lelap tido aku.
it was just like macam ade je benda yang tak settle dan otak ni macam duk pikiaq je manjang. cis cis!
aku dah lah jenis tido lambat kan, lepas tu pulak bila aku lelap je macam tetibe terjaga daripada tido sebab mimpi pasal VIVA. tidak ke bongoks namanya itu. sudahnya, dalam kelas lah tempat aku tido esoknya.
tapi Alhamdulillah.. everything went very well masa VIVA itu hari. panel penilai aku best sangat kot.
syukur pada Allah.. Dia dah aturkan yang terbaik untuk kita. doa banyak-banyak bagi Allah permudah urusan. 

credit to farah. feloles gilak muke sensorang. 360 punye koje. miumiu~
from left: ila, farah, iols.
sayang korang ketat-ketat! muah muah! wakakap.

okelah itu sahaja ceritanya. penat jejari buncitku menaip.
anyway, mekasih sangat pada member-member yang sangat supportive.
aku hargai sangat-sangat oke. mane yang aku tak tahu, uols tolong tunjukkan. terharu iols.
mekasih jugak kepada sape-sape jelah yang tolong aku settle kajian ni.
tolong dengar luahan aku yang tah pape dan tolong bagi moral support. moral support ni penting tahu.
sedikit sebanyak benda tu motivate aku kot. hiks!
sekian, bubui! 
salam.
hehe! 

Thursday, October 24, 2013

Why? Bakpo?

why i can't close my eyes?
why i can't just easily go to sleep?
bakpo payoh benar nok tido? 
berat nanang nguh la.
i just cannot bring myself to sleep at night.
it's incredibly hard for me beb.
i have to lay in bed for hours before i even begin to approach sleep.
bakpo gitu eh? insomnia ko gano?
ganah dok i kecek omputes campur-campur bau budu gituuu. wakakap!

this iz me.
canteks tak iols? mihmih

iols suka tengok this awek bikos beliau kacak bangat.
thailand mari okai. Davika Hoorne. gilak susah namanya.
sekali tengok macam mawar rashid. kenal ke kamu mawar?
bukan bunga mawar di taman permainan sebelah rumah jiran atok kamu.
mawar tu aku kenal pun dekat Keek. macam pemes je beliau kat situ.
tapi opkoslah tak aktif pun keek iols tu.
kenapa tetibe berbicara soal awek ini? bukankah aku tengah bebel soal payah nak tido tadi?

babai. 
nak tido. 
ada orang bebel i tido lambat.
jaga kesihatan katanya.
hikhoks.
zzzzzz.

Tuesday, October 22, 2013

Congrats My Prengg!

Assalamualaikum..

sekarang umur dah 17 23.. it's time to get married or enganged kan nyah!
tapi bukan akulah. aku still terhegeh-hegeh mengejar segulung ijazah.. so, jangan mimpi nak itu semua. sobs~
tak payah nak sedih sangatlah khoon.
eh hujung tahun ni itew nak abis study dah. yeayy! hikhik tapi keje belum tentu hado. krooh krooh.

semalam kan aku just like suddenly rindu zaman sekolah.. so aku ofkos teringatkan my old friends.
siyes rindu tahap giler meroyan kat they'ols semua. especially member yang sekepala hotak geliga iols lah.

Anis yang lemah-gemalai
Ain diana a.k.a Dene yang poyos
Aizan a.k.a Mc Jey yang ngokngek
Nik Fatihah a.k.a MokNik yang mulut murai
Zulfa yang senget
Tipah a.k.a Tip yang kecik
Nana yang rabuns
Mc La yang sumbak
Sarah
Noreen
Ida
Hajar
Arah
Adda
Hafieza
Yana
Ain
Nina
Syida
Hanisah
Dilah
Mazita
Syahida

wah, hebatnya daya ingatan aku.hikhik! itu semua member iols masa form 5 tau.
ekceli i sedikit sedih tatkala melihat kengkawan udah bertunang and married. turn saya bila pula? hikhok.
tapi ape pun, i tumpang happy tau melihat my prengg gumbira.
walaupun aku tak join majlis korang, tapi aku still follow perkembangan u guys.
dan aku doakan yang terbaik untuk uols. sweet tak iols? *sweet ke sweat* mihmih.
dan baru-baru ni aku sangat tergezut badak sumbu himalaya tatkala melihat Mok Nik dah kawen.
sampai hati kau kawen senyap-senyap je senah! sobs~
tapi siyesly kau sangat cantik oke. congrates my fren yang 'sumbak paroks'! kihkih.

setakat ni dah 6 orang classmates iols yang dah married/enganged.
Tahniah iols ucapkan untuk Yana, Zulfa dan Mok Nik bikos dah selamat berkawen. =)

Pretty Mok Nik on her wedding day!

Zulfa and her hubby. Pose tabik spring giteww ko.

dan oh ya, tahniah sekali lagi untuk Zulfa sebab dah preggy.
then, congrats to Anis, Mc Jey and Mc La bikos dah bertunang.

Mc Jey and her fiancee. malu-malu kambing pulak muka kau. hakhaks.

Mc La on her E-Day. penuh keayuan, kesopanan dan kesusilaan. mihmih.

dan... bila turn iols? sobs~
biarkan aku pergi membawa diri yang lara ini. miahaha. ayat tak leh blah sangats khoon.

oitt sape kawen ni? eh aku yang poyos rupenya. wakakap!
masa ni kakak iols kawen last 2 years, so haruslah i dengan poyonya men'try' baju beliau. miahaha.
posing macam nak mintak kaki je kannz. sape-sape sila sedekah kaki kat iols.

bubui! ='p

Adakah?

Adekah semua orang tengah study?
Dan.. tinggal aku seorang sahaja yang still rilex skrillex?

final exam iz around ze corner der..
acaner tu?
tak sabarnya aku nak exam. ohmygoat!
tak sabarlah sangat khonn.
wish me luck! =)

fyi, ini meja study iols. mihmih. kanak-kanak ribena sangat!
tapi ni zaman purbakala dulu aa. time i rajinss study. miumiu~

sekian, bubui.
takutnyeee itew nak exam, tapi itew malas. tata!

Rindu Zaman Sekolah

Assalamualaikum.. =)

entah nape tetibe je malam ni jadik feeling semacam. hikhok~
terus ter'flashback' zaman dedulu kala. aku rindu giler kot zaman sekolah dulu-dulu.
tetiba je rasa macam bestnya kalau boleh pakai uniform sekolah, then pegi sekolah.
uniform sekolah kan ade poket, tetibe rasa cam best je jalan sambil seluk baju dalam poket dengan angkuhnya. wahaha.
aku dah kenapa kannn? ape pun tak boleh.
tapi kan i nak masuk kelas biologi ngan pendidikan seni je. kelas lain tak nak masuk. hikhik.
well, aku sangat giler-giler minat kat dua subjek ni. rindu sangat-sangat kat dua subjek ni. sobsob~
kenapa aku minat biology and art? ewah ter'speaking' london pulak i.hakhak.
sebabnya aku dulu cecita nak jadi doktot. muahaha. doktot sangat kau senah.
pastu seni pulak sebab memang aku suka melukis. suka tahap cipan giler meroyan lah pendek kata.
biology ni senang je kalau kau rajin membaca dan minat. ofkos minat sangat penting.
dulu kan, aku selalu belek buku rujukan pendidikan seni sebab aku suka sangat tengok lukisan dalam tu.
seni tu indah kalau kau hayati betul-betul.
bak kata pepatah, the world is nothing without art. giteww.

minggu lepas aku ade la pegi sekolah lama sebab nak amik sijil SPM.
dah bertahun uols sijil tu, aku baru terhegeh-hegeh nak pegi ambil.ihiks!
aku sebenarnya nak sangat jumpe cikgu biologi aku dulu.. nama beliau cikgu Azita.
so senang cite, dialah cikgu yang paling aku suka. dan dia pun suka aku. kuikui *perasans*
tapi, aku tak sempat pun jumpe dia sebab dia ada kelas masa tu. :'( sedih iols taw.
sempat jumpa cikgu Rokiah je.. ni pun cikgu yang aku sayang jugek.
eh dulu masa form 5 dulu aku penang jatuh dari kerusi dalam kelas beliau. hikhok. bongok betei.
masa tu aku nak amik pen kat lantai kot, pastu tah cemane aku boleh jatuh entah.
tapi aku maintan macho beb. wakakap.
rindu nak jadi budak sekolah!
tak nak jadi orang tua... uhuks~
aritu masa balik kampung, aku ada jugak cari uniform sekolah dulu.. tapi takde pun.
mungkin sudah dibuang dengan jayanya. sobs.



sekian, terima kasih. bubui!

Nota Kaki: eh, ade sorang budak tu kan.. mimpi i tulis pasal beliau kat blog ni. budak tu sangat kacak persis zac efron. kuikui. zac efron sangats! *mata ke atas*ok ni i dah betul-betul tulis pasal u.mihmih.

ok, bai.

Friday, October 18, 2013

Keep Calm and Pray


Well, just keep on praying,
Don’t lose hope,
Allah has promised to answer when we persevere.

Jodoh itu rahsia Allah, Sunnatullah. 
Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. 
Usah terburu-buru. 
Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.