~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Saturday, October 15, 2011

Love To Hate

im wordless


Kerana aku ini hanyalah separuh dari perempuan-perempuan
yang deritanya menggulung ke syurga,
dan berpura-pura menjadi utuh.
Cinta ini tidak pernah mati melainkan angkara diri,
yang tidak tahu aturan cara untuk memeliharakannya.
Cinta mati kerana kebutaan, 
ia mati kerana kesilapan
ia mati kerana angkara pengkhianatan.
Cinta itu mati kerana, 
ia telah terlalu menderita dan luka dalam kepanjangan waktu,
ia meninggal kerana keletihan,
ia meninggal kerana kesedihan,
ia mengerut pilu kerana asingnya dunia,
dan ia berangkatan musim kerana ia tahu
ia akan mati di penghabisan.
Aku tidak tahu Cinta, 
mungkin semuanya akan baik-baik saja pada akhirannya nanti.
Dan sekiranya masih seangkutan lagi derita-derita kita ini tidak pergi,
maka tidak mengapa Cinta, kerana itu alamatnya
Tuhan masih mahu belum menitikkan kesudahan di dalam
hati-hati kita yang patah hati ini.


Puisi Tanpa Tajuk 1
Taken from 'Perempuan Yang Patah Hati' by Rasyidah Othman (2011)


Nota kaki: kegelian kerana kejiwangan yang meleleh. huhu :p
roomate aku punya buku yang dipinjam daripada member dia.
sumpah aku suka buku ni. credit to Cikgu Revolusi.

5 comments:

Anonymous said...

like this poem.. nice.

Selipar Putus said...

:)

APi said...

ingatkan lagu static lullaby tadi.. =]

Tapak Kaki said...

kalau aku pinjam buku tu, takat baca kulit belakang je la.hahaha

Selipar Putus said...

tapak kaki: hahahahahaha.. ang memang.. adehh sakit usus aku dok gelak..