~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Wednesday, October 12, 2011

Sebutlah


Surah Ar-Ra'd. Ayat 28.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Zikrullah merupakan cara yang paling mudah untuk kita lakukan..
pada bila-bila masa dan di mana sahaja..
Namun begitu, terdapat pelbagai cara lain yang boleh kita zahirkan
demi menunjukkan rasa cinta dan rindu kepada pencipta kita..


Seseorang yang ingin mengingati seseorang atau sesiapa sahaja,
pasti dia akan selalu bertemu dan berbicara dengannya.
Jadi, sesiapa yang ingin terus mengingati Allah s.w.t.,
maka hendaklah dia selalu bertemuNya dalam solat,
dan selalu mendengar bicaraNya daripada firman-firmanNya yang kita baca. 
Bacalah Al-Qur’an selalu, 
dengan niat untuk mendengar apa yang Allah s.w.t. 
ingin sampaikan atau bicarakan kepada kita setiap hari.
Dengan niat tersebut, bukalah lembaran Al-Qur’an dan bacalah 
di mana sahaja lembaran yang dirasakan kuat keinginan untuk membacanya.
Pada ketika itu, dengan niat sebegitu, insyaAllah,
lafaz-lafaz Al-Qur’an yang kita baca,
menjadi permulaan bagi interaksi antara kita dengan Allah s.w.t..
Akhirnya, Allah s.w.t (jika Dia kehendaki) akan mencampakkan
perasaan atau zauq yang lebih mendalam,
terhadap kefahaman ayat-ayat yang dibaca,
seolah-olah ayat-ayat tersebut ditujukan khas untuk kita yang membaca.



nota kaki: penawar kepada jiwaku yang kacau :)

4 comments:

Budak Senget said...

Good girl :D

Tapak Kaki said...

kalau jiwa tak kacau pun, jadikan Al-Quran ni satu bacaan harian..

Selipar Putus said...

wah... bagus cucu nenek ini.. tak sia2 nenek masukkan ang kat sekolah tahfiz tu.. huhu

Tapak Kaki said...

takat alif baa taa, cu masih kenal..