~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Monday, October 17, 2011

Kupu-kupu Kertas

[ they ]


Telah ia lalui malam panjang yg kelam.. 
membawa diri ke daerah sepi.. bersama rindu yang tak bertepi..
menggesit bayang samar.. kupu-kupu kertas terus berlegar hampa..
remuk redam hati dalam kehibaan.. meskipun punyai sayap..
ia masih tak upaya untuk terbang.. namun ia penuh dengan keindahan.. 
apa yang dimiliki hanya hati penuh kecintaan.. 
namun tetap tersingkir ke lembah hampa.. kupu kupu kertas,
masih berlegar ke daerah sepi dengan menanti mungkinkah ada harapan infiniti..



:)




Nota kaki: like this page on fb ::Kupu-kupu Kertas::

Sunday, October 16, 2011

Tak Sangka

Aku tak sangka aku jumpa kau balik.
fate.
yes, maybe.
dan kau masih seperti dulu.
dan aku masih terkejut beruk mak yeh der.. =.='


sekadar gambar hiasan




nota kaki: :)

Saturday, October 15, 2011

Love To Hate

im wordless


Kerana aku ini hanyalah separuh dari perempuan-perempuan
yang deritanya menggulung ke syurga,
dan berpura-pura menjadi utuh.
Cinta ini tidak pernah mati melainkan angkara diri,
yang tidak tahu aturan cara untuk memeliharakannya.
Cinta mati kerana kebutaan, 
ia mati kerana kesilapan
ia mati kerana angkara pengkhianatan.
Cinta itu mati kerana, 
ia telah terlalu menderita dan luka dalam kepanjangan waktu,
ia meninggal kerana keletihan,
ia meninggal kerana kesedihan,
ia mengerut pilu kerana asingnya dunia,
dan ia berangkatan musim kerana ia tahu
ia akan mati di penghabisan.
Aku tidak tahu Cinta, 
mungkin semuanya akan baik-baik saja pada akhirannya nanti.
Dan sekiranya masih seangkutan lagi derita-derita kita ini tidak pergi,
maka tidak mengapa Cinta, kerana itu alamatnya
Tuhan masih mahu belum menitikkan kesudahan di dalam
hati-hati kita yang patah hati ini.


Puisi Tanpa Tajuk 1
Taken from 'Perempuan Yang Patah Hati' by Rasyidah Othman (2011)


Nota kaki: kegelian kerana kejiwangan yang meleleh. huhu :p
roomate aku punya buku yang dipinjam daripada member dia.
sumpah aku suka buku ni. credit to Cikgu Revolusi.

Mama Jahat

Mama ni jaat tau..
mama tipu itew.. jaat gilewrs oke.. itew mencik mencik!
orait, bapak gediks kheen. euwww.

camni cite nye.. tadi nenek pegi mentekedarah makan dekat sebijik kodai ni.
name kodai ini Kodai Makan Mama.
mama ni uolls, barang kemas sampai ke bahu.. meriah and meghelip ghelip gitchu~
so, ade haku kesah? kesah la jugak ekceli.. i pon nak camtu... :)

muka beliau ade iras-iras makcik ni.. :)


so straight to the ampang point, nenek geram la kat mama ni.
mama ni nak meniaga ke mentipu?
dah la mahal, tak sedap pulak tu..
yang mahal tu nenek sabor la lagi kan, sobab perut buncit nenek ni dah lapor bebenor..
dah berkeroncong dengan pelbagai irama lagu heavy metal gitu kheen.
tapi sayangnya ayam dan ikannye, seolah-olah tidak dimasak..
pakej dengan darah-darah manja yang bertempek di tepian tulang.. euw euw~
nasi plak lembik kemain, cam nasi himpit kau tahu.. sedih betul lah.
terus rasa nak muntah dengan baunye yang semacam itu..
kojaqq tau mama  ni.. tak barakah tau rejeki yang u dapat
nenek pun heran kenapa orang cakap makanan dekat kedai mama tu sedap tahap cipan?
rasa macam cipan hade lah! *opss kantoi penah makan cipan.. hee*
nenek dan rakan-rakan bertegas mengatakan bahawa makanannya tak sedap,
bukan sekadar tak sedap bahkan tak sedap langsung oke,
dan kami yakin dengan hujah yang kami kemukakan.. :)

selalunya, kami pegi melantak dekat kedai yang berhampiran jugak dengan kedai mama.
tapi kedai ni prinsip dia, "Suke hati aku nak bukak kedai ke tak nak"
so, suke hati dia lah hari ni nak bukak kedai tapi keesokannye tutup plak.
i very the like tokey kedai ni bikos beliau sangat gojes walaupun dah veteran.. awet muda tau.
pastu baik dan ramah mesra di hari raya plak tu kan..
makanannya sedap dan seolah-olah masakan ibu.. gituuu..
harganya sangat best.. sesuai lah untuk student yang selalu pokai macam nenek ni kan.
nenek walaupun dah tua tapi masih student tau.. always dahagakan ilmu :p ahaks~
kedai-kedai makan ni semua letaknya dekat Taman Siswa UUM dekat jitra.
so, kalau nak rasa nasi perisa muntah, boleh lah datang kedai mama.
konpem sedap hingga menjilat lantai.. erkkk.

taman siswa

Nota kaki: masakan yang paling sodap ialah masakan emak sendirikss! miss u mom T.T

Wednesday, October 12, 2011

Sebutlah


Surah Ar-Ra'd. Ayat 28.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Zikrullah merupakan cara yang paling mudah untuk kita lakukan..
pada bila-bila masa dan di mana sahaja..
Namun begitu, terdapat pelbagai cara lain yang boleh kita zahirkan
demi menunjukkan rasa cinta dan rindu kepada pencipta kita..


Seseorang yang ingin mengingati seseorang atau sesiapa sahaja,
pasti dia akan selalu bertemu dan berbicara dengannya.
Jadi, sesiapa yang ingin terus mengingati Allah s.w.t.,
maka hendaklah dia selalu bertemuNya dalam solat,
dan selalu mendengar bicaraNya daripada firman-firmanNya yang kita baca. 
Bacalah Al-Qur’an selalu, 
dengan niat untuk mendengar apa yang Allah s.w.t. 
ingin sampaikan atau bicarakan kepada kita setiap hari.
Dengan niat tersebut, bukalah lembaran Al-Qur’an dan bacalah 
di mana sahaja lembaran yang dirasakan kuat keinginan untuk membacanya.
Pada ketika itu, dengan niat sebegitu, insyaAllah,
lafaz-lafaz Al-Qur’an yang kita baca,
menjadi permulaan bagi interaksi antara kita dengan Allah s.w.t..
Akhirnya, Allah s.w.t (jika Dia kehendaki) akan mencampakkan
perasaan atau zauq yang lebih mendalam,
terhadap kefahaman ayat-ayat yang dibaca,
seolah-olah ayat-ayat tersebut ditujukan khas untuk kita yang membaca.



nota kaki: penawar kepada jiwaku yang kacau :)

Tuesday, October 11, 2011

Ramai Orang

Ramai orang dok share pic ni kat pesbuk.
Dan nenek rase pic ni memang comel nye punn..
Makanya nenek nak share lah kat sini sajork..
sebenarnya ni pic nenek dan atok masa muda-muda dolu.. hukhuk ;p


suwit muwit giteww kheen.



Kalau nak wat camni jugak, haruslah kene kawin dulu ye..




Nota kaki: nak kawin tapi tak boleh kawin lagi.

Saturday, October 8, 2011

Postponed



Oh Jyeah!
Postponed lagik itu asimen..
haha. aku suke gila macam nak kentut tak berhenti-henti. oh!
for the first time in my life aku sayang gila babas kat Mr.Ong Hooi Peng.
i lap u, i mop u, i sapu u very much Mr.Ong!
Oke, beliau adalah lec Math aku. Orangnya boleh tahan ensem macam artis Kpop. hoho.
aku memang dah tak nampak jalan nak settle asimen tu dengan nak jawab exam lagi esok.
yes, esok aku ade exam tapi bukan lah final. Final lambat lagi.. yeay!
Tapi kalau aku tak study mahu aku meroyan masa nak jawab exam esok.
Doakan aku dan kawan-kawan dapat jawab dengan baik esok. :)
Apesal lah takde soklan spot. aku ni memang pemalas, malas tahap kerusi malas.
banyak kot nak study sume sekalik.. shit! opss aku terkurang sopan plak. :)


eh, kau nak tahu tak tadi makcik jiran sebelah rumah aku karok lagik! grrrr!
beliau nyanyi lagu sadis oh.. lagu SEROJA la plak kan.
Aku tak boleh blah time dia tarik-tarik suara time korus.. macam nak beyak kau tahu tak.
Beyak tu ape? tah malas aku nak explain.
lepas je beliau nyanyi, hujan turun lebat gila oh.
pakej sekali dengan angin gila-gila punye. haru betul.


no motif


Bercakap pasal posponed, banyak benda dalam life aku yang aku dok postponed.
salah satunye, aku tak settle satu benda ngan sorang budak ni..
bukan lah budak tapi mak budak.
ekceli itu hari aku ade ponteng kelas. ye, aku kan budak jahat. 
eh tak jahat mane,  cuma aku nakal-nakal manja giteww.. hoho.
tapi aku bukan ponteng sesaje sesuke suki bulu kaki jiran sebelah rumah aku.
aku ponteng sebab gi ziarah mak kawan aku meninggal je pun..
makanya, aku telah ponteng 6 jam waktu kuliah.. 6 jam je pun bhai..
aku ponteng 6 jam terus dapat surat cinta pakej dengan bayaran denda. shit!
surat tu plak pihak maktab akan kasi kepada penjamin aku sekali. romantis gila lah.
aku plak lupe nak kasi tahu budak tu pasal surat daripada maktab yang bakal dia dapat.
dia tu penjamin kedua aku. so, mak bapak aku plus dia akan dapat surat tu.. tak gune betul.
Benci gila aku dengan rule maktab. ciss ciss! *sambil aku tendang-tendang dinding*
then, bila dia dapat surat tu terus beliau menggelupur tak hengat.
time tu aku tengah camping, so aku off fon mase dia call.
pastu ade lah lain-lain hal malas aku nak cite sebab panjang nak mamtik
pastu sebab jap lagi aku nak gi mandi, aku taip cepat-cepat je ni macam lipas kudung.
tapi aku bukan lipas, aku manusia yang kacak. haha. kapla hotak aku!
baik aku cite je terus part yang aku rasa panas semacam.
kau nak tahu, budak tu tuduh aku ponteng sebab pegi dating dengan bf aku.
heii aku single kot.. huhu.
vudus la itu orang.. tanye lah dulu kheen.
pastu aku nak cite pun tak reti lah sebab ianya panjang seperti kacang panjang.
jadi, kesimpulannya aku postponed untuk call beliau bagi explain benda yang betul.
Parents aku ok je pun, beliau plak yang meroyan terlebih..
aku malas lah nak cakap ngan beliau. aku malas nak explain segala mak nenek kat beliau.
eh, kau tolong call beliau boleh?






nota kaki: aku takde mood plak nak study. ciss!



Friday, October 7, 2011

Gangguan Makhluk Tidak Halus

"Tidur itu cendekiawan"
-quote by nenek tua-

Tidur merupakan sebuah aktiviti sihat yang sangat penting bagi nenek,
jika nenek tidak mendapat tidur yang secukupnya, nenek akan meroyan tak hengat.
maka, pagi tadi nenek memang tak puas hati, jantung dan limpa dengan jiran sebelah..
pagi tadi punyelah sedap tahap gila babas nenek ketiduran..
mahu tak sedap, baru je balik dari camping yang agak-agak macam harom..
mustilah mahu qada tido kheen...
kau tahu tak betapa terseksanye zahir nenek sewaktu camping itu hari?
tidur atas batu-bata, kene kawad sambil duduk bersila pada pukul 4 pagi, 
tak mandi badan busuk gila, dan kene makan cacing tanah *ini aku tipu..huhu*
pastu, kite sambung cite tadi ye cu..
nenek pun syiok la ketiduran, dapat plak mimpi yang sedap hingga menjilat air liur basi kan..
tibe-tibe diganggu dengan suara yang sedap macam tahi itik dok karok pepagi buta.
bising gilaaaaaa.. memey ahhh nok keno nyepak!!
ekceli takdelah buta mane sebab dah pukul 8.30 pagi waktu malaysia mase tu.
ade ke plak tu gi karok lagu Jesnita.. dah memang takde lagu lain ke?
bapak purba kala lagu yang makcik tu nyanyi.. adehh sakit usus nenek ni..
sadis sesangat lagunye..
terus tak dapat nenek meneruskan sesi membuat tahi mata pagi tadi..
dengan muka tak puas hati, nenek renung je pasu bunga beliau.
ade jugak nanti bunga yang tak berpasu..


dem dem!

agak-agak camni lah muka makcik tersobut *tapi dalam mimpi sajelah noks*




nota kaki: jika anda nak karok, sila karok lagu Avenged Sevenfold. boleh saya tumpang dua kaki.