~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Monday, October 28, 2013

Action Research Done!

Assalamualaikum =')

Oit orang kampung sekalian!! Kajian Tindakan a.k.a Thesis kite dah siap! hoyeh hoyeh~
oh my goat! kitew rasew happy tahap kambing gurun sahara aw aw.. mihmih gedik gilak. ='p
pehhh rasa legaaaa gila kot. then, rasa cam nak lompat bintang secara bertubi-tubi jeee. *hover sangat kau*
imagine lah bagai nak gilak kot buat benda ni.. since January till October kot. pffft!
berapa kali repair pun aku tak tahulah.. sampai rasa nak termuntah pink mengadap benda ni.
tak cukup tido tu payah cakap ah.. mata aku dengan mata beruang panda memang takleh nak beza.
beruang panda pun jeles tengok mata aku lagi lebam daripada beliau. hokhok~
demi tesis ni, tido malam for just 1 or 2 hours is barang biasaaaa bagi iols tahu. sobs!
dan oh ya, pensyarah penyelia aku boleh tahan cerewet macam bahan pengawet tahu. ape kaitan?
setiap kali kasi beliau tengok kajian aku tu.. ade je yang beliau suruh tambah.
ingat nasi tambah kenduri ke hape kheen. tapi takpelah, i follow je lah.. i kan budak baik. zzzzz!
kalau takde pensyarah aku tu.. ke laut lah agak nye kajian aku.
memang terima kasihhhh sangatlah kat beliau. comel je encik zainal ni. macam kartun. hakhak.
dia ni sporting and funny je, tapi still lah serious je kalau berkaitan dengan kerja.
kenkadang aku rasa muka dia macam David Teo pun hado.. hikhok!
tapi beliau memang baik sesangat! semoga encik dirahmati Allah selalu. temkiu so much encik!
tanpa encik, sapelah saya. gitewww.

finally! berpeluh ketiak aku. 
duit pun terbang cenggitu je buat jilid makluk tuhan paling seksi ini. sobs!

lihatlah mata iols yang bengkak tahap cipanss. eh sinar mentari over pulak, iols tak secerah ni puns.
masa ni, malam tu aku tido sejam lebih je oke. 
takdelah malam sangat pun sebab aku tido pukul 7 pagi. sobs!

masa ni daripada malam aku settle kajian sampai 7 pagi baru tido, then pukul 8.30 pagi bangun.
bangun pulak pegi settle tempat untuk dinner batch kat aloq setaq bak hang. balik pulak pukul 5.30 petang.
yang uols nampak hado bakul dengan kertas warna-warni bersimpang-siur dekat belakang iols tu adelah props untuk photobooth. 
malamnya pulak pegi dinner. dah namanya dinner konpem lah balik lewat kanz. penat gilosss. 
siyes rasa hectic giler life iols masa tu. semuanya angkara kajian tindakan itewww. 

dinner itu hari. aku pun tak faham kenapa harus pose cenggini. macam kete api. kuikui.

dulu rasa macam best je tengok senior post gambau kajian yang dah dijilid. masa tu aku blur-blur je tak tahu ape.
pastu sampai turn aku buat kajian memang at first aku blur gilak kot. ape pun tak boleh.
masih ku ingat, masa nak buat analisis data dulu aku nangis kot bikos tak reti buat. stress tahap beg plastik tesco wa cakap lu. tapi memang tak boleh blah lah aku nanges kan. tapi tu lah pengalaman. wahahaha.
bila ingat balik, rasa macam ape ke tisu nya hati aku. ape ke lembik nya aku. kemonnn la diba. hikhok!
bila fikir harapan mak ayah, aku usaha la.. tu jelah penguat semangat aku. oyesss.
bila rasa down, call lah mak kite.. kalau yang masih ada ayah, call lah ayah jugak.
luahkan apa yang uols serabutkan sangat tu.. moral support daripada parents adalah yang terbaik.
ibu bapa adalah insan yang sangat ohsem. kata-kata daripada mereka seumpama satu suntikan semangat yang sangat hebat. =')
ok sambung cerita ye noks..
masa VIVA aritu pulak memang aku tak dapat lupa.
dia punya debaran nak hadapi VIVA tu rasa macam nak ambik result SPM, tapi triple lah dia punya level.
dua tiga hari sebelum VIVA tu toksah cite ah, memang tak lelap tido aku.
it was just like macam ade je benda yang tak settle dan otak ni macam duk pikiaq je manjang. cis cis!
aku dah lah jenis tido lambat kan, lepas tu pulak bila aku lelap je macam tetibe terjaga daripada tido sebab mimpi pasal VIVA. tidak ke bongoks namanya itu. sudahnya, dalam kelas lah tempat aku tido esoknya.
tapi Alhamdulillah.. everything went very well masa VIVA itu hari. panel penilai aku best sangat kot.
syukur pada Allah.. Dia dah aturkan yang terbaik untuk kita. doa banyak-banyak bagi Allah permudah urusan. 

credit to farah. feloles gilak muke sensorang. 360 punye koje. miumiu~
from left: ila, farah, iols.
sayang korang ketat-ketat! muah muah! wakakap.

okelah itu sahaja ceritanya. penat jejari buncitku menaip.
anyway, mekasih sangat pada member-member yang sangat supportive.
aku hargai sangat-sangat oke. mane yang aku tak tahu, uols tolong tunjukkan. terharu iols.
mekasih jugak kepada sape-sape jelah yang tolong aku settle kajian ni.
tolong dengar luahan aku yang tah pape dan tolong bagi moral support. moral support ni penting tahu.
sedikit sebanyak benda tu motivate aku kot. hiks!
sekian, bubui! 
salam.
hehe! 

2 comments:

Cik Alynn said...

congrates dear.. another step closer to graduation! sronok nmpak yea.. huhuhu

Selipar Putus said...

hehehe maceh maceh! opkos seronotss uols. giler tak.. hahaha