~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Friday, July 10, 2015

Ehem

Lately, kemain rajin pule I hapdate blog.
Entah angin kus kus platipus ape kannn.. tetiba rajin ngapdate.
Syabas meri bheti. Kaho na pyaar hai.

loading...

Eh, sakit betul la tulang belakang aku ni. Dah lama aku suffer ngan back pain ni.
I really dunno problem dengan urat ke, tulang ke, saraf ke, apa ke.
Tapi since daripada zaman study lagi mengalami masalah ni.
Nak gi hospital buat check up rasa malas.
Tapi memang merana jugaklah aku rasa, macam nenek tua.
Dua tiga hari ni sakit dia lain macam sikit. :'(
Waktu rukuk time solat paling sakit yakmat.
Tetiba cakap pasal back pain. 

Rasa nak random talk je. Taip je apa yang terlintas kat minda.
Tadi ada iftar kat sekolah. Aku kenyang gila sebab minum air 5 gelas.
Iftar tahun ni macam best sikit. Congrats to those yang menjayakan program.
Oke macam ucapan perhimpunan mingguan pulak.
Popia coklat yang aku beli ngan anak murid aku tu sedap betul.
Nama budak tu memang rare. Su Mia Acmellia. Ko mampu? haha.
Even kakak aku pun suka popia tu. Sirius best. 
Tak sempat nak buat raya, dah selamat landing lam perut dengan kuantiti yang agak berkualiti.

My cekolah

Esok Fazzy ajak pegi umah dia. FYI, Fazzy tu my super duper best friend kat school.
We'd been posted as a new teacher kat sekolah yang sama last year. 
Then, got close to each other. She's very crazy but I love her.
Haha hazab.
Ada tutorial produk Mary Kay from beauty consultant MK kat TTDI katanya. 
Bab kosmetik kecantikan segala mak nenek ni memang I suka.
Yay! esok jumaat. Pastu weekend. Oh oh tak sabar nak berwiken.
Nak beli baju raya. Huahua.

Rindunya kat Yuyu demok demok. Yuyu tu niece I.
Memang dia demok pun. Pastu garang and stingy tahap cipan.
Ikut pangai sapa tah. She call me as mama. Suka ati dia je hentam, but macam nice gak kan.
Nanti ada my own kids, nak suh dorang call me mama lah. Hahaktuis.

uu and me
muka nak ketat ajehh. tau ah ade syusyu

Tau enggak kamu, masa aku year 1 dulu kan, aku ni pemalas gila nak pergi sekolah.
Berapa ari je aku pegi sekolah in a month. Memang masa tu aku kategori budak tak guna. haha.
Hazab oke year 1 dah berperangai tak senonoh.
Masa year 1 dulu aku tak pandai sebab aku tak suka sekolah.
Aku still ingat moment aku dicubit oleh Cikgu Noraida sebab tersalah baca perkataan dalam buku Bacalah Sayang. huahua.
Sampai sekarang aku ingat cikgu tu, sebab dia sorang je pernah cubit aku.
Asal pepagi nak gi sekolah je aku mencipta pelbagai alasan sakit and so on.
Benda yang buat aku berubah adalah pabila sekolah anugerahkan hadiah untuk sesapa yang attendance dia 100%.
Aku ingat lagi, masa tu Ayumi dapat hadiah sebab dia always datang sekolah.
Hari-hari bawak present dia tu datang sekolah. haha. Tergugat lah aku nengoknya. Siot.
Benda ni motivate aku kot, masuk darjah dua aku tak pernah miss pergi sekolah.
Lepas tu, aku kawan ngan budak pandai and automatically jugak aku jadi rajin belajar.
Sebenarnya memang betul, kawan-kawan mempengaruhi attitude kita.
So, lastly masa final exam in year 2 aku dapat nombor 2 and dapat jugak hadiah kedatangan 100%.
Wakakaka.
Guru kelas aku masa year 2 sangat baik. Nama dia Cikgu Marzuki. Aku memang sayang dia tau dulu.
Aku ingat lagi dia ajar lagu Burung Kakak Tua and latih dak kelas aku untuk perform on Teachers Day.
Aku cuba gak cari dia kat pesbuk, tapi tak jumpa.

Oke memang random talk sesangat ni, sampai terflashback tahap cipan. hahak.
So, sekian terima kasihan.

Papai!

No comments: