~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Thursday, July 9, 2015

Ramadhan di Jitra

Manusia ni memang macam ni kan. Bila sesuatu tu dah takde, baru rasa kehilangan.
Baru nak rasa rindu. Dulu rasa macam takde pape, tak suka and tak appreciate at all.
Eh cakap pasal diri sendiri ke? hehe.
Tetiba laaa rindu Jitra, Kedah. Dulu kemain tak suka kan. Rasa nak cecepat finish study.
Sekarang gedik nak rindu-rindu bagai. Jitra mesti rasa annoying gila ngan kau.
Tiap kali nak kena balik kedah je mesti rasa nak bertukar jadi Hulk sebab tak suka.


Sebenarnya, rindu nak merasa bulan Ramadhan kat sana. Syahdu pula terasa bila ingat banyak memori kat sana.
Paling takleh lupa, masa zaman berhingus tahun 2009 kot.
Kemain jalan jauh-jauh nak pegi cari makanan kat bazar. Eh tetiba bazar takdekkk.
Terkapai-kapai kiteorang carik kedai makan. Sadis.
Lastly, berbuka puasa makan jajan je kau. Cekedis Super Ring tu haaa.
Sebabnya masa tu, tunggu order lama sangat.. sib baik ade jajan. Tapi aku pun tak ingat cemana leh ada jajan tu. hahak.

Rindu nak pegi solat terawih kat masjid Taman Meluqqqqq.
Terawih kat masjid ni, kaki kena kuat. Pasaii bacaan dia lama angat. hehe.
Masjid ni baguih.. dia jemput imam among budak tahfiz.
Balik terawih pulak penah experienced nyaris dikejar anjing jiran. Lel.
Rindunya rumah sewa Taman Melur. Rindu bilik.
Motif sangat rindu bilik. Hobi tido memang cenggini. 

Pastuuuu rindu waktu pergi bazar kat Kepala Batas. Banyak variety makanan kat situ.
Tapi! ade satu yang aku tak suka. Murtabak dia ya ampunnnnnn. Tak sedap. Hazab.
Menangis aku telan murtabak hazab tu. Dahlah beli banyak sebab hengatkan sedap.
Tulaaa kau tamak. Amek ko. 
Rindu jugak nasi tomato pakcik comel. We call him as pakcik comel sebab pakcik tu memang comel. haha.
Nasi dia murah and dia sangat baik hati. Miss you pakcik comel.
Paling aku rindu opkos nasi kerabu akak kelantan kat tepi jalan area Taman Siswa.
Adehh memang tangkap leleh level of kelazatan nasi kerabu dia. 
Hari-hari makan nasi kerabu tu pun takpe. Member aku pun muak tengok aku hari-hari ngadap nasi tu.
Then, tidak dilupakan kedai air zauj. Selamba bagi nama kedai air zauj.
Sebabnya brader jual air tu hensem and kelihatan beriman. Takleh blah. haha.
Air kelapa dia memang sedap gila babas sampai terbabas tatkala meminumnya.
Tapi serius rindu air kelapa dia. 
Yang penting brader tu ingat iols as regular customernya. hazab.
Tidak dilupakan air kedai abang satwa. Kiteorang memang sesuka suki je bagi nama timangan.
Seingat aku abang ni dapat nama abang satwa sebab kiteorang apply perkataan baharu yang lecturer ajar.
Satwa tu binatang tau. Kejam sangat bagi nama timangan camtu. haha.
Masa zaman foundation maktab dulu-dulu lagiiii ni.
Tapi perkataan satwa tu comel and unik kot. Menangis brader tu kalau tau benda ni.
Maafkan kami penunggu gua. *tetiba*

Oke, apa lagiii yang dirindui?
Rindu jugak nak bersahur dengan menu yang sedeyhhhh..
Megi and kurma memang menu wajib. Hahak.
Cani ar nasib.
Tapi still bertenaga even makan tu je.

Rindu nak attend kuliah. Bukan nak dengar kuliah lec, tapi nak borak ngan member dalam kelas.
Best betul aktiviti ni.

Haaaa.. baru ingat! Rindu saat gigih hunting for baju raya ngan member.
Pehhhh. Yang ni memang best. Shopping ngan member memang best sebab sekepala.
Rindu pulak ramadhan walk kat depan Yawata tu. Tapi biasanya tak beli pun baju raya kat situ.
Just suka tengok suasana meriah kat situ.
Rindu saat gigih carik baju kat Aloq Setaq.

Baju raya tahun ni takde pun lagi. Sejak dah tua ni, takde nak bergigih sangat cari baju raya.
Dah ler cuti kejap je. Bagi harapan palsu betul la KPM ni.
Elok cuti sampai 26 Julai, tetiba kene cut tarikh sampai 21 Julai je.
Terasa disiat-siat tau hati kecil titewww inieww. Kecewa dia lagi parah daripada putus cinta tau.

Sesungguhnya, terasa sedih sebab Ramadhan dah nak berlalu. 
Tinggal berapa hari je lagi kan.
Aku suka suasana bulan Ramadhan. Tak kira di mana berada.
Feel dia lain kan.
Marilah kita manfaatkan beberapa hari je lagi yang tinggal ni.

indeed

2 comments:

didie noxious said...

abang satwa yg dirindu..
oh abang satwa.kusangkakan muda rupanya istri bliau sudah tua..klihatan tua dr bliau yg nmapk muda belia..and u tak rindu ke nk shuffle kt kedai abang juai ayam bakar??hiksss..hohemmmmmgeee

Selipar Putus said...

HAHAHA vudus jeee ayat ko nyah.
Lerrrr makcik tu isteri beliau ke? hazab laa nampak tua derr..
Tulaa aku memang gian nak shuffle kat kedai brader tu.
Wakakakakap!