~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Saturday, September 29, 2012

Malas Itu Awesome

Assalamualaikum.. :')

aku ade masalah sebenarnya.. masalah yang amat besar, gemuk dan buncit meyhh..
eh aku bukan nak cakap pasal aku buncit, tu aku nak bagi penekanan kepada masalah aku ohkeii.
tapi kan siyes derr aku ni buncit tahap cimpanzi, stress oke..
ape kau rasa bila kau pakai baju then perut kau tersembul cegampang?
dah kenapa aku cakap sal perut buncit aku yang gojes dah pulak.. eh cepat distracted betullah!
eh ape aku cakap ni? aku seniri pon tak faham lah.. dem! baru mukadimah dah bagi ayat keling..
*lempang diri seniri selama 5 minit*

kenkonon emo sambil galas beg dan landing tas tilam.. hikhik 
motip?

oke, cani sebenaq-benaqnya..
aku ni MALAS sesangat! sungguh ohsem perkataan malas itu bukan.. kalerpul uolss! :')
tu la masalah iolss kalau uolss nak tahu.. iolss sedih sesangat tapi apakan daya iolss,
bukan salah ibu mengandung tapi salah iolss yang mengandungkan penyakit malas iteww.. grrr!
heh, aku sedihlah ngan diri aku seniri.. daripada dulu aku nak buang sifat malas ni kepada rajin to the power of ten, tapi aku dah jadik malas to the power of infinity dahhhh.. arghhh tensen bhai!
takde makhluk dalam dunia ni yang lagik malas daripada aku.. sadis betul seyh!

get rid of laziness

aku ade esaimen, tapi haram aku tak sentuh.. siot lah.
aku memang nak buat esaimen tersobut derr, aku dah semangat nak buat tahu!
but then bila je aku on lappy, aku akan ambik mood dulu.. heh.
aku akan warming up dengan bukak pesbuk, twitter, blog, you tube
dan yang sama waktu dengannya sampai HANG lappy aku.. sangat bagusss! dang~
aku cakap ngan diri seniri nak bukak untuk 10 minit je.. *sambil kerut dahi buat muka siyes*
tapi 10 minit aku tu dah jadi 10, 20 jam.. acaner tu?
last-last aku tak buat pon esaimen yang sepatutnya aku buat, pehtu aku mulalah nyesal..
membebel kat diri seniri sampai tertidur.. dah tu ke laut lah jawabnya esaimen aku iteww.. gampangan!

tarikh submit 7/10/2012,
sepatah haram aku tak buat.. dah la susah hoii.
aku tengah stress ni, tapi still boleh wat ilex sambil makan cekedis tengok cite usop sontorian..
old skool betul aku layan cite nih.. ahak!

lek lu, sap kok lu! kehkeh XD



Nota Kaki: Konklusinya, esok nak submit baru aku terhegeh nak buat. Eleh, macam tak biasakk der..

Friday, September 28, 2012

SubhanAllah!!

Salam..
ini hari aku nak share something yang sangat bagus..
macam biasalah, aku jumpa ni dekat pesbuk.. :)
menitis air mata aku bila aku cari satu-persatu 'NOMBOR' yang diperkatakan..
cubalah korang "CALL" mana-mana "NOMBOR" di bawah ni.. :')
Allah Maha Penyayang.. setiap yang kita lalui hari-hari ada guide dia yang tersendiri,
cuma terpulang pada kita nak usaha cari atau tak..

aku paling tersentuh dengan talian kedua tu.. aku banyak dosa kot :'(
tapi Allah tetap janjikan yang terbaik buat hambaNya.. SubhanAllah!
Ini hasil carian aku..

Firman Allah (SWT) :
"Katakanlah! wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri!
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni 
dosa-dosa (kecuali dosa syirik) semuanya.
Sungguh Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang"
Az-Zumar 39:53

Hebatnya Al-Quran.. segala-galanya lengkap di dalamnya.. :)
Inilah yang aku cakap tadi.. Emergency Telephone Numbers yang sangat ohsem!

perfect! sume ade ohkeii..


Nota Kaki: credit to fb Mohd Fikri Zulkifli

Thursday, September 27, 2012

Cantiknya Kau

Salam..

aku takde ape pung.. saje update benda budus.. hikhik :'p
aku suke sangat tengok Emma Ma'embong..
pekehel nama pelik bebenar?? takpe yang penting tuan punya body cantiks macam mulut itik.. heks!
first time tengoks dis minah dalam cite Kau Yang Terindah.. tu second drama dia kheen.
aku tak teringin pon nak tengok cite tu, tapi disebabkan masa tu bulan puasa..
and then kiteorang satu rumah tunggu waktu berbukak depan tv and makan depan tu jugeks.. hehe
makanya secara otomatik dan bombastik akan menonton itu cerita meyh...

so, for me la kan she's so pretty like hell.. O.o
neelofa tak tantekss ker? not bad lah.. aku suke jugak lofa.. tapi dia macam problem sikit kan..
let's cekidaut pic Emma yang dah berjaya aku curiks.. miahahaha!




dia ni agak sosial jugak kan..
aku jumpe kot pic dia nga bf dia kissing.. tapi lantak lah life kau kan..
kau pakai tudung lagik lawa lah emma..
baru je 20 tahun, aku hengat kan 25.. mix girl biasalahkan, muka nampak lebih matured

cecomeyy



Nota Kaki: secantik-cantik emma, cantik lagik kucing aku kat umah.. kehkeh!

20 Perkara Membawa Ke Syurga


sekadar berkongsi..
aku jumpa ni pun kat pesbuk..
bagus kan sape yang create dis thing..
kekadang kite terlepas pandang benda-benda yang simple tapi impaknya besar..

selamat beramal.. :')

Wednesday, September 26, 2012

Bertukar


same goes to me..
banyak kali kot cani..
plan dalam kepala hotak bergeliga nak buat camni-camni, tapi jadiknya lain.. huhu
yeayyy! aku sama macam Pablo Picasso..
yeahh aku budak seni cam beliau.. haha giler bataknyer i..



Nota Kaki: macam shit aku update blog tak berenti-renti arini.. giler ape taktau!

Imma Lovin' It

Guess what.. uh-hu!
imma love fer?
ahha, fer dis yaww.. hehe

nice drawing..
imma lovin' this nice pic!
aku penah mimpi kot situasi cani..
then, it's a fate.. aku jumpe pic ni.. nice seyh!
cool as school lah pic nic.

gedebaksss jatoh sorang! cian.. hehe
this pic named : Breeze



Nota Kaki: giler lama dah aku tak melukis.. dah keras tangan aku nih! sobs :'(

Maybank2u Ni Meroyan Ke?

Assalamualaikum.. :')

Ada riak-riak persoalan ye pada tajuk entry aku kali ni..
memang aku tertanya-tanya dan tak puas ati! grrrr!
dah kenape dengan maybank2u ni? asal takleh nak login..??
dah banyak kali aku try tapi hampehss asbestos hampagas..

see.. siot je maybank2u ni.. vudussss

aku try la search google kenape leh jadi cani..
heh, nampak sangat aku sayang credit nak call customer careline dia.. ahak!
pehtu aku terjumpa la solusi dia kat sebuah blog. but then aku lupe blog ape..hehe
de la mamat tu cakap dia penah gak jadik cani, pehtu dia call la customer careline tu hah..
then, pihak maybank tu cakap cube login pakai mozilla or Internet Explore.. watdehell kan cam bongoks jer.
aku dah cube lah tapi hampehhhhh..
nampak gayanya aku kene call jugak la 'natang' customer careline ni.. babeng beteiii.

heii aku ada dengar cite gak, ade somebody yang tetibe lesap duit dia dalam account maybank.. acaner tu?
banyak masalah lah maybank ni.. mintak-mintak duit aku still hado.. auummm!

tetibe price tag lak.. tah pape aku nih. =.='


Nota Kaki: terbantut hasrat murni aku nak beli sebijik barang yang menjana minda.. *menjana la sangat!*

Haha Gampang!


lawak seyh..
so tak payah nak jiwang sangat okeh!
kemain ayat kau.. hakhak
wat lex sudah..

peace (=^_^=)Y

Nota Kaki: It supposed to be, "i can't live without Allah and Iman.." tak giteww.. auww ustajah pilihan lak i..

Hujan


I miss the rain..
The crazy thunderstorms I used to ecounter when I was younger..
The lightening and thunder leaving me running to my bed to hide under the covers,
as I listened to the pouring rain and fell asleep.
The rain feels like a safety blanket over my body..
covering me in some sort of natural security..
my being unable to feel overwhelmed by the enormousness of the world.
The wet, clean smell of rain soaking into the grass,
the droplets dripping off the tips of leaves,
the windows covered in by nature's paint..
Rain is beautiful.

Yes, rain is really beautiful..
Thanks to Allah Almighty.. :')




oh hujan.. :)



Nota Kaki: eh, siputlah aku dah bermadah puisi bagai.. demmit! ha-ha

It's Rainy

Assalamualaikum... :')

Uhuhuhu, semenjak dua tiga menjak ni asyik hujan je memanjang..
mak suke noks! ahak! auww auww~
aku suka sangat kalau hari hujan.. tapi depends lah jugak kan, kalau hari tu aku nak jemur baju
makanya haruslah aku mahu matahari yang panas sepanas cintaku padamu.. hakhaktuihh!
tapi sebenarnya skang memang aku nak hari yang panas..
bikos baju aku dah melimpah ruah hingga ke ladang gandum dah kau tahu..
kat dalam bakul aku tuh dah berlambak giler baju mucuk.. kehkeh! :'p

motip?

daripada dulu aku suka sangat hujan..
bila hujan ni kan.. secara otomatik akan ada satu perasaan dalam diri aku..
aku nak describe pun tak berapa nak reti.. susah betol!
tapi bila hujan je aku akan jadik teringat memori-memori sewaktu kecil..
dia macam ade satu nilai sentimental.. dem, aku dah macam jiwang!
pehtu kan.. aku suka sangat bunyi hujan turun.. suke gilersss!
kalau dapat tido diiringi bunyi hujan.. ohhh itu sangat heaven oke..!
dengan cuacanya yang sejuk and dingin tu..
dan juga........
i love the smell of rain.. aumm aumm~

ini adalah memori :')

Terima kasih Ya Allah kerna masih menganugerahkan hembusan nafas bagiku..
untukku menikmati segala nikmatMu..



Nota Kaki: I love rain and Rain Bi.. kehkeh!

Pompuan Cantiks

Assalamualaikum.. :')

hari ni aku macam eksited giler babas nak up entry.. hewhew ^_^
maybe sebab aku baru tukar layout blog aku menjadi seperti badut sarkas,
so semangat nak blogging tu membadut sedikit sebanyak *pekejadah taktau ayat aku*
sebona-bonanya aku takde motip ape pun up entry ni, i've got no idea pon Tijah oii.. sedih noks!
berlari-lari emak anak seperti dalam drama bikos sedih cangat.. heks!

tapi dah alang-alang menconteng arang ni, iolss nak story mory sikit kat uolss..
kisah ni agak sadis dan macam haremm jugak la aku nak story, tapi ade aku kesah Jemah oii??
kesah ape aku kan.. ni kan blog aku, bukan blog atok tiri dia mahupun lembu jiran sebelah rumah kakak dia.
cani citer nye Senah.. aku ni kan, suka sangat tengoks pompuan-pompuan cantiks lagi gojes.. 
ahah! lesbian kah? :'P
ouh tidak sama sekali mahupun dua tiga kali.. GILER ape kau nak jadik lesbian!
aku just suka tengok dorang punya dress up and kecantikan yang dimiliki mereka..
then, tu sume menjadi inspirasi untuk aku menjadi gojes seperti mereka jugak.. hakhakhaktuihh!
gojesnya aku seperti gajah yang gemok, ade hati nak gojes cam dorang.. sedih! sobs3.
aku tahulah aku tak cantik tapi bagilah peluang aku tengok pompuan cantik.. giler pasrah ayat aku.
dah macam stalker lah pulak kan dok tengok dorang ni.. tapi sape suh uols cantik sangat.. uuuuu~
suka sangat tengok pompuan cantik ni tau.. kite pun nak cantik cam uols jugak..
mostly, aku suke tengok blogger yang pemes plus lawa nak mamtik.. 
kalau aku mention nama dorang, mesti kenal punya lah. Orang pemes katekan, kalah retis. Kelas kau Jahhh!
FYI, bukan aku sorang je hokaii mempunyai hobi seperti ini, 
member-member aku pun suke sangat tengok pompuan-pompuan cun melecur melecun.
then beranganlah nak jadik super duper cun macam dorang tuuuu.. sadis amat~

nak tau tak sape yang aku suka sangat tengok tu.. kuikui!
kalau aku tempek pic dorang kat sini kang, ade yang cakap aku mencuriks pic dorang lak kan..
aku bagi link jelah..
first and foremost, aku suka sangat tengok Fatin Liyana.. ahak!
bagi akulah, dia comelllll sangat! ototototo
dress up dia lawa kot.. cam korean gitu kan.. suke sangat! 
tapi aku takde pon pakai cam dia ni.. sape nak belanja aku baju cam beliau.. haha gampang!
pehtu kan, dia dahla lawa.. bijak pulak tu.. full package lah! 
tulis blog pon best giler lah aku bace.. ada sense of humour yang bagussss..
aku bace sume kot entry dia, yang dah berkurun lama zaman purbakala pon aku bace senah..,
mane nak cariks pembaca blog yang setia cam aku nih.. puihhhh!
haih puji lebey nampekss.. macamlah Fatin bace blog buruk kau ni diba si nenek tua..
so rerajinlah bukak blog Fatin Liyana yang comel iteww.. leh tak aku nak jugak letak pic beliau? heks
comel kan beliau.. sobs sobs!

oke then, aku jugak suka Hamis Jalikha..
minah ni aku suka sebab rambut dia je pung.. hehe
and FYI, aku tak bace sangat pun blog dia.. aku just tengok gambar je.. hewhew.
aku tak laratlah nak bace entry dia sebab aku bukan minat sangat nak tau sal kerjaya and life dia..
aku cuma nak tengok pic dia.. kuikui
kawan aku cakap Hanis ni dalam pic nampak cantik tapi bila on tv, OMG tak lawa pungg..
tapi aku tetap rasa dia cantik.. body lawa, muka lawa, rambut lawa.
kan?
cantik pe?

Oke, aku jugak minat sangat sangat sangat tengok sebijik pompuan ni..
nama beliau Engku Sulwani tapi mostly known as Esul..
seorang blogger, freelance model and a medical student kat mane tah aku lupe.
cantiksss gilerss la dia nih.. macam doll oke.. siyes aku tak tipu.
uolss boleh bace blog dia kat sini ---> http://engkusulwani.blogspot.com
giler ke tak lawa kalau cani..

pastu kan, ade banyak lagi pompuan cantik tapi aku lupe lah... huhu orang tua kan cani r..
eh eh, sebijik lagi pompuan cantik nama dia Abby Bharin..
aweks ni aku jumpe kat FB.. mak aihh cantiks giler oke macam neelofa.
siyes aku tak tipu.. huhu tapi aku takleh lah letak pic beliau kat sini, nanti kena marah..
tengokslah fb beliau.. Abby Bharin
ramai giler kot yang buat fake account guna pic beliau.. kesian kan.
bagi aku dia ni bagus sangat.. low profile je tau..
pehtu, kawan Abby pun lawa iaitu Ena Adrina.. seorang blogger..
lawa oke minah ni.. i love her pointed nose.. OMG lawa sangat kulit dia.. bapak flawless!
u can kindly visit her blog here ---> Ena Adrina
ade lagik yang aku suke tengok sebijik aweks bernama Fatin Tarmizi
dia ni budak maktab jugak, aku kenal dia ni sebab dia kawan ngan member aku..
bagi akulah, aku suke tengok dress up dia and dia sangat lawa okaiii.. model mane tak lawa kannn..
tapi ade jugak yang cakap dia tak lawa bikos muka nampak garang.. maybe la tapi still lawa.
ni pesbuk beliau.. Fatin Tarmizi
lagik sape eh aku suka tengokss..
oh ye.. Nurul Ain seorang blogger. aku jugak minat dia ni sebab muka dia macam Rozita Che Wan.
selebihnya aku pun tak berapa nak ingat.. eh eh ade lagik..
aku suka tengok sepupu neelofa.. nama beliau Tania Baharuddin.. giler hot okai..
silelah tengok beliau kat pesbuknyerr.. Tania
muka giler matured padehal lagik muda daripada aku seyh..

pehtu kan.. aku jugak admire nak mamtik dekat Girls Generation.. auww auww!
giler lawalah body dorang.. aku nak camtu jugak.. uwaaaaa.
tapi aku pendek! sobs3
aku paling minat kat Yuri, Yoona and Seohyun.. OMG lawa gilerrr.. the triplets!
aku nak jugak menari cam dorang.. haha dah cam monyet bila aku try menari.. giler sadis.
eh tapi aku reti shuffle pakai stoking oke.. kuikui! jangan jeles uolsss.. curlasstt i.. SANGAT!

The Triplets.. Yoona, Yuri, SeoHyun :')

Soo Young, TaeYeon, Yuri, SeoHyun, Yoona, Sunny, Jessica, HyoYeon, Tiffany

giler body.. nak kurus camni.. grrr!

oke lah, babai.. penat aku taip sal pompuan cantiks..
semoga uols teros cantik.
aku pun nak cam korang gaks.. haha

aku yang badut :(



Nota Kaki: Kecantikan yang sebenar bukan pada rupa, tetapi pada hati yang baik dan suci. Tak Giteww Senah? ahaks!

nice


indahnya janji Allah.. :')
SubhanAllah..

Tuesday, September 25, 2012

Enid Blyton

Assalamualaikum.. and Hye.. :)

Oke, korang penah dengar tak nama Enid Blyton? Omputes tu uolss.. ahak. :')
ekceli, Enid Blyton ni seutas seorang penulis buku.. and im one of her biggest fans :') aum aum!
FYI, buku-buku yang dia tulis tu buku cerita bebudak je pung.. haha tapi aku suka bace noks!
dah kenapa nak bertanda seru bagai ni? itu tandanya aku eksited.. kehkeh!!
dah lama aku tak bace buku cerita minah ni sebabnya last aku baca pada tahun 2007..
dem, biggest fans la sangat aku nih.. puihhh! *lempang diri seniri*
buku dia tulis best ouh.. aku sampai berangan nak jumpa makhluk kerdil yang beliau story dalam setiap buku-bukunye.. that's what we call 'Brownie'
buku tu tebal and banyak cerita dalam tu tau... siyes best! bagi akulah kan..
nanti aku dah ada anak, aku nak bagi anak aku bace buku ni.. eh, daripada aku bagi bace buku ni baik aku bagi bace kisah nabi kan.. *insaf jap*

makhluk ni la aku nak jumpa.. cecomeyyy hehe :)

dulu, aku dapat baca dengan free sebab berlambak je kat library sekolah aku dulu..
tiap kali pinjam buku kat lib, aku pinjam buku ni je pung..
and yang aku bangga, cikgu Ismail iaitu cikgu lib sekolah aku tu pun minat buku ni..
citarasa tinggi lah aku baca buku ni sama ngan cikgu tu..kihkih! watdehell aku batak sangat nih?

some collections of Enid Blyton...



karya-karya Enid Blyton ni aku suka bikos aku suke cite fairytale and yang ada magic giteww..hehe
feeling bebudak lak aku ni.. bila baca tu kita rasa macam dalam cite tu.. pehh giler berangan seyh..
aku nak ada cottage cam makhluk kerdil lam story Bylton tu.. aku nak pergi kat latar tempat yang dia describe lam every story dia.. rasa cam best tempat tu, fairyland guys! best tu! aumm.
melalui story dia jugak, kita dapat tau culture omputes ni cemane..
so, motipnye sekarang ni.. aku rindu giler nak bace buku-buku Enid Blyton ni..
tapi fulus tak berapa nak ade la kheen nak beli buku-buku beliau.. mahal kot sebijik buku dia..
ada la yang aku download je kat internet tapi tak berapa nak best lah cerita dia.. sobs3 :'(

bestnya kalau aku dapat semuaaa buku-buku ni.. aummm!

dan ini..... pehh heaven! *bagi akulah*


mane-mane anak datuk nak sponsor aku buku-buku ini silekan.. ahak!
anak datuk lah sangat kan senah oii..



Nota Kaki: FYI, one of Enid Blyton's most widely known characters is Noddy. Alaaa.. Noddy yang penah main kat tv zaman dulu-dulu tu la Jemah oii.. k, bai.

It's A Fact

Those who r buried in graves not only identify their visitors, 
if they had known them prior to their death, but also return their greetings..

:)

4/4/2012

Rindu

Assalamualaikum.. :)

Ari jumaat lepas aku baru je balik kampung.. hehe celonots ouh!
aku rindu gilerss kat family aku tau tau tau!
lepas rindu nak jumpa mak aku dan ziarah kubur arwah abah..
rindu nak tido kat umah.. selesa dan best best best!
aku rindu giler kot.. sebelum balik kampung, tiap kali teringat dorang aku nanges tak hengat..
aku pon tak faham nape aku sensitip seperti sensodyne sebegitu ghope..
sampai basah buku rancangan mengajar aku bikos aku nanges sambil wat keje.. hehe
kalo mak aku tahu mesti beliau terharu sambil menyanyi lagu Haru Haru-Bigbang.. kehkeh!
tapi abah aku mesti tahu kan.. tak elok betol aku nanges terok-terok ingat kat abah..
moga abah tenang kat sana.. :')
pehtu ari sabtu malam teros kene balik jitra dah bikos ade kuliah ari ahad..
kalo ikutkan ati jantan aku nih.. eh jantan ker? ahak! aku nak je ponteng..
TETAPI! itu tidak boleh dilakukan bikos minggu depan aku nak ponteng lagik.. miahaha
mamtiklah i uols kalau ponteng bebanyak kali..
haaa.. satu lagiks aku nak story..
aritu aku naik bas mutiara tau, ekceli aku anti giler ngan bas ni bikos tiap kali naik bas ni aku feningness..
but then, bas ni da berubah ghopenya.. best la hoii..
so, naiklah bas mutiara untuk kegumbiraan sepanjang zaman..
eh dah kenapa tetibe aku macam wat iklan bas mutiara nih hah? sengal.

tapi kan, aku rindu nak balik kampung lagik.. :'(
tapi aku sedih sangat bikos En.Sober a.k.a En. Soberi yang cute tu bagi asimen tau..
kejamlah beliau, orang baru je nak epy-epy coz praktikum baru abes kan...
tapi SPOIL gilaaaa ngan asimen maths beliau tu.. grrr!!

jadi, motipnye kat sini aku nak cakap.. aku rindu family aku jer.. huhu
family is number one for me *sambil nyanyi lagu maher zain-number one for me*
aku sebenarnya rindu jugak dekat kakak-kakak aku yang jauh di sanunnn..
di mana? di Somalia.. hehe

aku and budak bernama adik.. rindu kau jugak!

mamy poko and sistah.. miss both of u..
my late abah.. miss u :'(



Nota Kaki: kaki ini mau pulang ke kampung.. hewhew

Layout Baru Yang Sadis

Salam.. :')

dah kenapa dengan layout baru aku ni..
cegampang je aku tinguks!
haish, ape ni anak dara mulut cam puaka.. cakap la bahasa elok sikit..
*pesan aku pada diri seniri*
back to the topic..,
ekceli aku nak blog aku yang suam-suam kuku and bersawang bagai ni nampak simple,
last-last dah macam tak cukup zat je blog ni jadinya
dah kenapa??
sadis betol lah.. dah la jarang update, wajah pulak suram je blog ni..
redha jelah wahai blog.. i lap u poreber taw!
keterujaan aku untuk berblog pada masa kini kian menurun dengan jayanya,
aku memilih untuk baca blog orang rather than bace my own blog.. huhu. sedih!

babai, kesian blog budus ni...

gambar raya yang basi tahap dewa


nota kaki: aku demam wooh.. sob sob :'(