~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Tuesday, October 23, 2012

Abah :'(


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


tersentuh sangat dengan artikel ni.. :'(
tapi tak tahu sape yang tulis.. aku mintak izin copy..
saya dah takde abah macam awak-awak semua..
tapi dalam hati aku, abah selalu ada.. abah selalu ada dalam diri aku..
tiap-tiap hari aku rindu abah.. bila aku rindu abah, aku tak dapat tahan air mata aku..
aku tahu aku tak patut macam tu.. maafkan orang, abah.. :'(
abah, kak ibah rindu abah..
hari-hari kak ibah ingat abah.. :'(
takde sape yang tahu, hanya tuhan yang tahu derita hati ini..

bila orang rindu sangat abah, orang peluk cium baju abah..
orang dah tak dapat dengar suara abah macam dulu..
orang dah tak dapat tengok gelak tawa abah..

aku tak dapat berada di sisi abah sewaktu abah hembuskan nafas terakhir..
aku amat terkilan..
abah meninggal pada jam 8.30 malam, 4 April 2012 dekat rumah.. 
1 April pula adalah birthday aku.. sangat menyedihkan.. :'(
bila sampai kat rumah pada jam 5.00 pagi, aku hanya dapat tengok sekujur tubuh yang kaku..
bayangkanlah bagaimana perasaan sewaktu itu.. orang yang kita sayang sangat-sangat dah tiada.
selama ni aku tengok dalam drama je situasi tu, tapi skang aku yang lalui. pahit.
hanya bacaan Yassin yang dapat aku hadiahkan untuk abah waktu itu.. dengan menahan sebak di dada.
dan kemudiannya tertidur di tepi mayat abah sehingga subuh..
masa abah sakit, aku sempat jaga abah kejap sangat.. 
masa tu tengah praktikal dan memang sangat kacau jiwa aku pada waktu itu..
aku memang down gila.
maktab memang tah pape.. berkira sangat.
masa abah tengah tenat pun aku tak dapat nak balik.. ya Allah..
disebabkan aku balik kampung jaga abah aku yang sakit dan saat kematian abah aku..,
aku kene ganti praktikal.. memang zalim sesangat maktab ni..
aku bukan sengaja tak hadir praktikal untuk 3 hari.. 
aku tak mintak abah aku sakit..
aku tak mintak abah aku meninggal.. :'(
tapi alhamdulillah aku dah lepasi fasa itu dengan baik, 
pihak sekolah yang terima aku untuk ganti praktikal sangat baik..
aku hanya perlu hadir untuk 2 hari je, guru besar sangat bertimbang rasa. terima kasih.

aku rindu sangat nak urut dan picit kaki abah, abah selalu cakap dia suka bila aku urut dia.. :'(
aku rindu nak jaga abah waktu abah sakit..
suapkan makan dan minum untuk abah..
belikan makanan kat kafe untuk abah sebab abah dah muak dengan makanan hospital
bersihkan tubuh abah..
bersihkan najis abah..
pakaikan bedak untuk abah..
:'(
hari tu aku tak tahu, hari last aku dengan abah..
sempat salam dan peluk cium abah.. masa tu 2 minggu sebelum abah meninggal..
masa tu abah nampak macam dah sihat.. 
makan pun selera je.. dapat gelak ketawa..
doc pun cakap abah aku dah boleh balik umah a few days later.
betullah orang cakap, kalau orang tu nak meninggal.. dia akan nampak macam sihat beberapa hari sebelumnya.

rindu abah..
masa kecik-kecik dulu abah suka bercerita kat kami adik-beradik..
macam-macam cerita.. cerita pak pandir dan banyak lagi..
yang paling orang ingat cite kisah tiga beradik Labuna, Labuni dan Labuda :'(
abah suka sangat kan cite kisah tu... tak puas pun dengar, padehal banyak kali dah dengar..
budak-budak kan.
abah memang pandai bercerita dan buat lawak.. dia peramah sangat..
abah suka usik budak-budak dan ramai orang suka abah..
masa kecik-kecik dulu orang nak basikal, pastu abah belikan.. happy sangat masa tu..
basikal yang ada spare tyre kat tepi tu..huhu. masa kecik kedekut, kakak nak naik takmo bagi.. apelah aku.
kalau bulan puasa, abah akan bawak orang pegi beli kuih-muih untuk berbuka.. pasni takde dah.. :(
setiap kali orang balik kampung, abah akan beli aiskrim sebab abah tahu orang suka makan aiskrim..
abah dah banyak berkorban demi aku dan adik beradik..
tapi aku tak sempat pun nak balas jasa abah.. :'(
tapi sekurang-kurangnya aku pernah buat abah bangga dengan aku.. waktu SPM.

walaupun aku menderita kehilangan abah, tapi aku tahu ade insan yang lebih menderita..
mak aku.
aku harap beliau kuat..
aku tahu dia sunyi..
aku tahu mak aku tetiap masa ingat abah.. dari riak muka dia aku dah tahu. :'(
kalau boleh tetiap hari dia nak gi lawat kubur abah..
skang ni bila balik rumah, bacaan al quran yang aku dengar tetiap masa.. 
tu je yang terbaik dapat mak aku buat untuk abah yang jauh di sana.. moga abah tenang di sana.
aku ingat lagi, waktu jenazah abah aku siap dikapankan.. sume pegi peluk cium abah untuk terakhir kalinya
tapi mak aku tak pegi pun.. mak aku lari masuk ke dapur sebab dia tak sanggup tahan air mata..
deritanya mak aku masa tu.. :'(
abah aku romantik.. dia suka sangat puji-puji mak aku.. selalu gurau-gurau manja walau dah tua..
bagi dia mak aku adalah wanita tercantik. ohsem.

aku harap aku dapat someone yang seperti abah aku.
tapi abah tak sempat nak jadi wali aku..
abah tak sempat nak tengok bakal cucu-cucu dia..
masa kakak aku kawen hari tu (akhir bulan 3), abah aku tengah sakit..
aku sedih gila tengok abah aku peluk kakak aku sambil nangis pada malam akad nikah tu..
syahdu sangat kot..
abah ada cakap sesuatu dekat kakak aku.. mungkin dia terkilan pada malam tu dengan keadaan dia..
masa tu abah tak dapat bangun pun.. abah lemah sangat
sekarang kakak aku dah preggy for 7 months..
tapi abah tak sempat pun nak tengok cucu dia..


Ya Allah, tempatkanlah abah aku di kalangan mereka yang beriman.. ampunkanlah segala dosa abah aku..

abah, orang akan selalu rindu abah..
doa orang akan sentiasa mengiringi abah.. sampai bila-bila.

aku dan tangan abah..
masa tengah jaga abah kat hospital
(sorry, gambar agak mematahkan leher sesape yang melihatnya)
orang cakap, muka aku macam abah..


Nota Kaki : *Tears*