~fOllOw mE, i'll fOllOw U~

Tuesday, July 27, 2010

Amalan Malam Nisfu Syaaban

Alhamdulillah, pada pagi ini.. kita semua masih lagi dipanjangkan umur,
untuk menyambut ketibaan malam nisfu syaaban..
maka dengan ini, nenek ingin berkOngsi ilmu yang telah nenek perOlehi 
untuk panduan kite semua dan mudah-mudahan kite beramal dengan sebaiknye..
insyaAllah.. sebijik cam lagu Maher Zain Ouh.. hek3~
Cam biasOrk nenek da highlight isi-isi penting.. 
supaya prOses fOtOsintesis pembacaan,
menjadiks pantas dan episen gitu.. Okaii,cekidaut~


AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:

1) Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN sebanyak 3 kali.
- Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoa. 
- Dengan niat diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian berdoa.
- Dengan niat minta mati dalam iman, kemudian berdoa.

2) Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga.

- Beristighfar:
(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.)

- Memohon keampunan dua ibubapa:
(YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.)

- Memohon keampunan dan taubat diri (70/100 kali pagi petang):
(AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.)

- Membaca ayat ini beberapa kali mendapat pahala seperti ibadat seribu tahun:
(TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.)

- Membaca Al-Qur'an. 

- Bertasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu) 

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, 

“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

 
AMALAN SUNAT LAIN DI BULAN SYAABAN:

- Berselawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)

- Memperbanyakkan Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban,bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

- Sembahyang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

- Berpuasa sunat
"Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya."

"Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 

- Bertaubat
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa,pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. 
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 
"Manakala masuk bulan Syaaban,sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

NOta kaki: camat beramal.. camat berpOse pade esOk ari yew~

10 comments:

Anonymous said...

salam...

Tiada puasa sunat nisfu syaaban.

Unknown said...

thnks 4 da info..sangat berguna tuk sya..selamat berpuasa...^^,

Tapak Kaki said...

malam ni ke malam semalam nisfu syaaban? otak aku senget sudah nak hitung hari.. pening.. 27hb dah nifsu syaaban.. jadi amalan semua tu patot dibuat pd 26hb malam la kan?

Selipar Putus said...

anOnymOus: w'salam.. ade nenek taip puasa sunat nisfu syaaban ke? ekceli camni, tak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban iaitu 15hb Syaaban, just sebut puasa sunat bese je. Ke maksud awk ari yang tak digalakkan puasa? kita tak digalakkan untuk berpuasa sunat, samada sunat hari Isnin atau Khamis dan lainnya selepas 15 Syaaban, kecuali puasa qadha’ dan orang yang sentiasa melakukan amalan puasa sunat yang bertepatan dengan hari berkenaan. Hikmah larangan tersebut adalah untuk mengelak orang-orang yang tak biasa melakukan puasa sunat daripada merasa terlalu letih apabila mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan yang muncul selepas bulan Syaaban tu.

Selipar Putus said...

kelly: huhu.. ur mOst welcOme dear.. =p

Selipar Putus said...

tapak: hak3, apsal cu p wat pening camtu.. sadis tOl Ouh.. pandai pOn cu, amalan sunat tu pade 26 mlm.. iaitu mlm nenek pOst entry ni~hu3. disebabkan cu pandai, nek belanje mkn KUIH DICTIONARY..hOhO~

Tapak Kaki said...

uiks..salah tu nek.. cuba tengok tarikh entry ni.. apsal cu tengok 27hb..haha.. kantoi.

Selipar Putus said...

haha.. adess, silap plaks.. mksud nenek mlm 27. malu tahap beg plastik ni.. dush3~

Tapak Kaki said...

kuang kuang kuang.. sebab fakta ang salah, aku terus terlepas malam nifsu syaaban..hahaha

Selipar Putus said...

hik3.. salahkan beta pule.. beta tak mendOsa..kui3~ cu yg tak prihatin ngan kalendar b'dekatan..tOing tOing~